DJI Tello Dilancarkan Dengan Edisi Khas Iron Man

Penggemar dron yang mengikuti perkembangan produk tersebut pastinya mengetahui mengenai kewujudan dron terkecil dan murah yang dipasarkan di Malaysia, dikenali sebagai DJI Tello. Bersempena dengan tayangan filem ‘Avengers: End Game’ hujung bulan ini DJI Tello memperkenalkan dron edisi terhad Iron Man.

Sama seperti rekaan yang lain, dron edisi khas ini juga ditampilkan dengan rekaan sistem 4 kipas dan dilengkapi dengan rakaman video 720p dan kamera 5-megapixel yang mampu terbang selama 13 minit. Warna merah dengan kemasan jalur emas digunakan untuk keseluruhan rekaan ini yang signifikan dengan identiti Stark Industries.

Penggemar dron boleh memiliki dron edisi terhad ini dengan harga serendah $129 (RM528) sahaja. Pembelian boleh dibuat di laman web DJI Store yang menawarkan penghantaran percuma seluruh dunia.

Sumber
Exit mobile version