Pernahkah anda membayangkan terdapat sebuah kamera yang kecil, dilengkapi gimbal, mempunyai sensor sebesar 64-megapixel dan mampu merakam video resolusi 4K dengan 60fps?
Seakan tidak mustahil namun semua ini berjaya direalisasikan oleh DJI Pocket 2. Hadir dengan rekaan yang kecil, ringan dan unik, DJI Pocket 2 dihasilkan khusus untuk anda bawa kemana saja anda berada dengan mudah.
Sekiranya anda merupakan seorang yang sering merakam detik indah atau merupakan seorang YouTuber, DJI Pocket 2 mungkin kamera yang dicari selama ini. Dilengkapi dengan teknologi active tracking serta gimbal yang terbina membuatkan anda tidak lagi perlu risau masalah video bergegar sebaik sahaja selepas dirakam.
Nak tahu apa yang lebih best? DJI Pocket 2 turut dilengkapi dengan wireless mic sekaligus membuatkan rakaman anda lebih mudah. Oh ya, sokongan live stream juga tersedia buat model ini membolehkan pengguna live stream dengan mudah tanpa memerlukan ruang yang besar.
DJI Pocket 2 hadir dengan dua pilihan buat para pengguna. DJI Pocket 2 dengan Mini Control Stick dan tapak pelekap tripod sedia ditawarkan dengan harga serendah RM1,549.
DJI Pocket 2 Creator Combo pula hadir dengan lebih banyak aksesori buat para pengguna terdiri daripada Mini Control Stick, tapak pelekap tripod, lensa sudut lebar, mikrofon tanpa wayar + cermin depan, Do-It-All Handle, dan micro tripod pada harga jualan RM2,169. Pada kami, DJI Pocket 2 sememangnya pilihan berbaloi buat mereka yang kerap membuat vlog.
Sebelum ini DJI baru sahaja melancarkan gimbal RS 2 dan RSC 2 untuk kegunaan profesional.
https://www.thevocket.com/dji-lancarkan-rs-2-dan-rsc-2-gimbal-yang-lebih-ringan-kukuh-dan-pintar/
https://www.thevocket.com/dji-lancarkan-osmo-action-pesaing-utama-gopro-hero-7/