DJI Mavic 3 Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM9,799

DJI sedia dikenali dengan penawaran dron berkualiti tinggi serta kemampuan merakam pada pelbagai sudut yang menarik buat pencipta konten di luar sana. Kini mereka telah memperkenalkan barisan model terbaharu iaitu DJI Mavic 3 untuk pasaran Malaysia.

Bukan itu sahaja, terdapat versi spesifikasi yang lebih tinggi yang dikenali sebagai Mivec Cine. Kedua-dua model ini berkongsi spesifikasi yang sama cuma terdapat sedikit kelebihan untuk versi Cine di mana mempunyai beberapa peningkatan pilihan untuk kegunaan di kalangan profesional.

Sumber Gambar: Cined

DJI Mavic 3 telah menampilkan rekaan dual camera setup dengan kedua-dua kamera hasil talaan Hasselblad menggunakan sistem 4/3 CMOS padanya serta kamera telephoto yang mampu mengezum sehingga 28x menerusi hybrid zoom. Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan sensor pengesan halangan sehingga 200 meter untuk bergerak dengan selamat.

Menerusi penaik tarafan perkakasan dan perisian membolehkan kedua-dua model merakam video yang beresolusi 5K 50fps atau 4K sehingga 120fps dalam warna yang lembut dengan sensitiviti low-light dipertingkatkan. Antara kelebihan versi Cine adalah rakaman video kualiti Apple ProRes 422 HQ serta ruangan dalaman sebesar 1TB tersedia.

Sumber Gambar: Cined
Sumber Gambar: Dji

Kedua model-model ini dibekalkan bateri sebesar 5,000 mAh yang menjanjikan tempoh penerbangan selama 46 minit menerusinya dan menyokong pengecasan pantas 65W.

Terdapat juga fungsi OcuSync 3.0 yang membolehkan anda melihat video secara langsung menerusi telefon pintar semasa penerbangan. Bersamanya, turut hadir Advanced Pilot Assistance System 5.0 yang berkemampuan menganalisis keadaan sekeliling serta tahap kekuatan angin untuk memastikan perjalanan pulang yang lancar dengan penggunaan bateri yang efisien.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan barisan terbaharu dron Dji, kini ia sedia dipra-tempah menerusi kedai dalam talian rasmi DJI di Shopee dan Lazada dengan tiga pilihan pakej. Tiga pakej yang disenaraikan adalah Mavic 3, Mavic 3 Fly More Combo dan Mavic 3 Cine Premium Combo.

Sumber Gambar: Dji

Pakej standard sedia dijual pada harga bermula RM9,799 yang didatangkan bersama dron, alat kawalan, sepasang kayu kawalan tambahan, empat kabel sambungan, sebuah pengecas 65W, penutup storan, bateri dron dan tiga pasang kipas tambahan.

Sumber Gambar: Dji

Untuk pakej Fly More Combo yang bakal dijual pada tanda harga RM12,399, anda bakal menerima semua barangan yang disenaraikan seperti di atas dan disertakan barangan tambahan yang merangkumi hab pengecasan bateri, satu set penapis ketumpatan neutral, enam pasang kipas, tiga bateri dron tambahan dan satu beg pembawa convertible.

Sumber Gambar: Dji

Akhir sekali, pakej premium pula boleh didapati dengan harga mencecah RM22,899. Pakej ini disertakan dengan dron, alat kawalan PRO, sepasang kayu kawalan tambahan, penutup storan, kabel USB-C, hab pengecasan bateri, tiga bateri tambahan, beg pembawa convertible, kabel data 10Gbps, enam pasang kipas, pengecas 65W dan dua set penapis ketumpatan neutral.

Untuk anda yang mahukan dron yang lebih mesra poket, bolehlah melihat Dji Mini 2 sebagai pilihan kerana menawarkan pengalaman penggunaan yang baik.

Vocket Style: DJI Mini 2, Dron Kecil Tetapi Mantap Untuk Beginner

Ringan Dan Mudah Untuk Diterbangkan, DJI Lancarkan DJI Mini 2

Sumber
Exit mobile version