Berjaya menjadi pengeluar dron popular di dunia, DJI pada kali ini telah melancarkan dua model gimbal terbaharu iaitu RS 2 dan RSC 2. Meneruskan legasi siri Ronin, kedua-dua model ini menjanjikan pembaharuan baharu dalam dunia gimbal.
Pada kali ini, DJI menjanjikan rekaan yang serba baharu dalam menawarkan gimbal yang lebih versatil dan kukuh khusus buat penghasil konten serta pembuat filem menerusi penawaran gimbal 3-axis camera.
DJI RS 2 & RSC 2
Menerusi model baharu yang dilancarkan DJI pada kali ini, DJI RS2 dilaporkan hadir dengan berat serendah 1.3kg sahaja serta mampu menyokong bebanan kamera terdiri daripada DSLR dan sebagainya sehingga 4.5kg.
DJI RSC2 selaku model yang lebih kecil pula hadir dengan berat 1.2kg. Rekannya yang mudah dilipat membuatkan model ini lebih mudah untuk disimpan. Penawaran skrin sesentuh 1.4-inci secara tidak langsung membuatkan penggunaan gimbal ini lebih mudah serta buat para pengguna.
Selain itu, kedua-dua model ini turut menyokong Titan Stabilization Algorithm dimana gimbal keluaran DJI ini mampu mengesan sudut sinematik seperti yang diidamkan pengguna dengan mudah.
Bukan itu sahaja, sokongan perisian SuperSmooth bakal menjanjikan pengguna dengan rakaman dengan kurang gegaran serta kelihatan lancar meskipun objek yang dirakam bergerak dengan pantas.
Harga
Mengulas dari segi harga, DJI RS2 sedia ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM3,299 manakala DJI RSC 2 sedia ditawarkan dengan harga RM1,699 dan RM2,549 buat pakej kombo.
Pada tahun lalu, DJI telah melancarkan Osmo Action sebagai pesaing utama buat GoPro Hero 7.
https://www.thevocket.com/dji-lancarkan-osmo-action-pesaing-utama-gopro-hero-7/
https://www.thevocket.com/dji-osmo-pocket-sedia-ditempah-di-malaysia-dengan-harga-rm1550/