vivo Malaysia pada minggu ini telah melancarkan siri terbaru mereka dalam merancakkan lagi arena telefon pintar iaitu siri vivo V21. Hadir dengan dua model iaitu V21 dan V21e, kedua-dua model ini menawarkan penawaran kamera terbaik pada situasi malam serta videografi dengan harga mampu milik.

Lebih membuatkan model ini unik, model vivo V21 turut ditawarkan dengan kamera hadapan 44-megapixel beserta Optical Image Stabilization (OIS) beserta Electronic Image Stabilization (EIS) bagi memberikan imej yang jelas dan tanpa gegar buat para pengguna.

vivo v21

vivo mira filzah
Mira Filzah dipilih sebagai duta vivo siri V21

Penyertaan AI Night Potrait beserta software dan hardware terbaru daripada vivo antara yang membantu model ini merakam setiap gambar yang diambil dengan kualiti yang terbaik. vivo V21 hadir dengan rekaan yang nipis dan ditawarkan dengan dua warna iaitu Dusk Blue dan Sunset Dazzle.

V21 Series pricing

Model ini sedia untuk didapatkan di semua rangkaian rasmi vivo, pengedar rasmi vivo, vivo E-store serta kedai rasmi vivo di Shopee dan juga Lazada. vivo V21 hadir dengan harga mampu milik iaitu RM1,599 manakal vivo V21e ditawarkan pada harga RM1,299. Oh ya, tempahan awal sehingga 4 Mei turut membolehkan anda menerima hadiah menarik sehingga RM699 daripada vivo. Serius berbaloi!

Tonton juga kualiti kamera yang ditawarkan pada vivo X60 Pro selepas berjaya menghasilkan filem pendek menggunakan telefon pintar serba baharu ini.

https://www.thevocket.com/berjaya-hasilkan-filem-the-incident-guna-x60-pro-vivo-lancar-kempen-visual-creator/

https://www.thevocket.com/vivo-malaysia-lancarkan-the-incident-filem-pendek-yang-dirakam-menggunakan-x60-pro/