Dijanjikan Wang ‘Percuma’ Dengan Mudah, Ramai Kongsi Tertipu Dengan Skim Isharefans

Bukan mudah mahu senang! Sebelum ini tular di media sosial sebuah website ‘bagi duit percuma’ yang dikenali sebagai Isharefans berjaya mempengaruhi ramai orang disebabkan termakan umpan.

Anda hanya perlu daftar sebagai ahli dan melaksanakan beberapa tugas seperti tonton dan ‘like’ serta tangkap layar skrin. Kemudian, anda akan menerima wang ganjaran. Nampak mudah, bukan?

Sumber: Qiya Saad

Akan tetapi, bagi ahli biasa yang tidak melanggan pakej hanya boleh laksanakan 3 tugasan sehari dimana wang ganjaran sebulan tidak mencapai RM100. Oleh itu, ramai orang mula upgrade akaun mereka dengan mengambil pelbagai pakej Silver, Gold dan Diamond demi meningkatkan wang ganjaran.

Bukanlah murah untuk upgrade akaun kerana anda perlu membayar sehingga RM9,900 untuk mendapat hasil sehingga RM11,514. Hasil yang dijanjikan cukup menggoda dan pastinya ada yang sudah termakan umpan.

Apa yang ‘fishy’ tentang Isharefans?

Menerusi tinjauan kami, maklumat pemilik Isharefans ini ‘private’ dan sudah menimbulkan keraguan. Bukan itu sahaja, syarikat ini masih baru dan didaftarkan pada bulan 8 tahun 2020.

Lebih meragukan kerana domain didaftar hanya untuk setahun. Kebiasaannya syarikat besar akan daftar domain lump sump selama 3 tahun. Bukan hanya itu, sistem ganjaran jelas kelihatan sistem ponzi dimana upline akan lebih untung berbanding downline.

Tidak dapat menebus wang

Ramai yang sudah berjaya menebus wang ganjaran mereka dan mungkin sudah dapat pulangan modal tetapi mungkin juga sebaliknya. Terbaharu, ramai ahli Isharefans berkongsi kegusaran kerana tidak dapat mengeluarkan wang mereka.

Pada mulanya, website tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa disebabkan COVID-19 maka proses pengeluaran wang sedikit lewat. Akan tetapi, ahli-ahli Isharefans kini telah mendakwa Isharefans sebenarnya merupakan satu taktik scam.

Bagi yang sudah melabur wang dalam Isharefans ini pasti sudah tidak senang duduk dan memikirkan iktiar untuk mendapatkan wang mereka kembali. Malah, ada juga yang sudah mengajak ahli-ahli Isharefans untuk membuat laporan polis.

Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Pastinya isu ini boleh diambil iktibar buat anda diluar sana untuk selidik dahulu sebelum terjebak dengan apa-apa pemberian wang ‘percuma’.

Tahukah anda bahawa aplikasi Muslim Pro dikatakan menjual data pengguna kepada tentera Amerika Syarikat? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/aplikasi-muslim-pro-jual-data-pengguna-kepada-tentera-amerika-syarikat/

https://www.thevocket.com/akui-miliki-hubungan-urusniaga-bersama-x-mode-muslim-pro-nafi-jual-data-kepada-tentera-amerika-syarikat/

https://www.thevocket.com/bahaya-cabaran-10yearschallenge-yang-mungkin-ramai-tidak-sedar/

Exit mobile version