Disaat orang ramai mula menggunakan pelan pascabayar, pelan prabayar masih lagi mempunyai pengguna yang selesa menggunakannya.

Melihat perkembangan trend semasa dengan penawaran teknologi e-wallet, Digi telah memperkenalkan ‘Happy Prepaid’ dimana anda berpeluang menikmati pelan prabayar secara digital. Dalam erti kata lain, anda boleh melakukannya dengan menghubungkan kad kredit atau kad debit Mastercard kepada aplikasi e-wallet daripada Digi.

Menariknya, anda bukan sahaja berpeluang menambah nilai kredit, malah penawaran point membolehkan anda menebus beberapa lagi pembelian digital yang lain.

190110-digi-digital-prepaid-mastercard-02
Sumber: Soyacincau

Bukan itu sahaja, aplikasi ini turut membolehkan anda menambah nilai e-wallet serta servis penstriman melibatkan Boost, Spotify dan juga Netflix. Melalui teknologi yang diperkenalkan, pastinya ianya akan menambah nilai kredit anda serta membolehkan anda menikmati lebih banyak ganjaran menarik.

Setakat ini Happy Prepaid daripada Digi masih lagi diperingkat awal. Buat anda yang berminat, anda boleh mendaftar minat dengan klik disini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.