Syarikat Google menyediakan sistem pembayaran untuk membuat pembelian pada platform Android. Jadi, setiap pengguna dan pembangun aplikasi sudah tertakluk di bawah peraturan yang ditetapkan sekiranya mahu menggunakan servisnya.
Terbaharu, Kongsi Pengawasan Persaingan Usaha (KPPU) mengumumkan siasatan ke atas Google di Indonesia kerana didakwa melakukan amalan perniagaan yang tidak adil kepada pengguna tempatan.
Selain itu, Google didakwa menyalah gunakan kedudukan mereka untuk melakukan diskriminasi dalam pasaran aplikasi Play Store. Antara amalan yang dilihat sebagai tidak adil adalah mewajibkan penggunaan Google Play Biling dalam pembelian dalam aplikasi.
Google juga mengambil potongan 15%-30% dari setiap pembayaran berbanding 5% yang diambil oleh sistem pembayaran lain di Indonesia. Menurut KPPU lagi, Google memegang 93% pasaran peranti aplikasi peranti di Indonesia sekaligus memaksa pengguna tempatan menggunakan sistem pembayaran mereka.
Pihak Google bagaimanapun telah menjawab bakal memberikan pilihan alternatif pembayaran di Indonesia pada masa kelak. Dengan siasatan dijalankan oleh KPPU, Indonesia menjadi satu lagi negara selepas Korea Selatan dan juga Kesatuan Eropah yang turut menyiasat amalan anti persaingan yang diamalkan oleh Google.