Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Apple sedia menjaga privasi para pengguna secara komprehensif termasuklah membawakan ciri anti penjejakan data pengguna yang dikenali sebagai App Tracking Transparency (ATT) pada sebelum ini. Dengan ini, sebarang peranti perlu meminta kebenaran daripada pengguna untuk mengakses maklumat tertentu.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, Meta dilaporkan berdepan tuntutan mahkamah kerana didakwa telah menjejak dan mengumpul dan mengumpul data peribadi pengguna iPhone walaupun sudah pun disertakan ciri anti penjejakan. Perkara ini dilihat sebagai serius kerana melanggar dasar privasi yang ditetapkan oleh Apple.

Sumber Gambar: Oberlo

Pada Ogos lalu, aplikasi Instagram dan Facebook di bawah Meta dikesan boleh menjejak semua input papan kekunci dan apa yang ditaip pengguna sewaktu menggunakan pelayar dalam aplikasi. Amalan penjejakan pengguna ini jelas merupakan pelanggaran secara langsung bagi dasar ATT Apple.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Tuntutan yang difailkan pada Rabu lalu telah mendakwa Meta melakukan pelanggaran itu serta mengumpul data tanpa persetujuan pengguna dalam aplikasi Facebook dan Instagram.

Sejak dasar ATT diperkenalkan, Meta merupakan syarikat yang paling lantang bersuara menentangnya kerana didakwa menjejaskan perniagaan kecil yang bergantung kepada iklan bersasar. Malah, Meta sudah menjangka bakal alami kerugian lebih RM40 bilion dengan pengenalan polisi anti penjejakan Apple.