Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kriptowang sehingga ke hari ini menjadi salah satu pelaburan yang berisiko tinggi oleh kerana turun naik nilai yang tidak menentu. Ditambah pula baru-baru ini nilai kriptowang mengalami penurunan yang ketara sehingga menyebabkan sebahagian pelabur terkesan teruk.

Terkini, Keith Johnson selaku pelabur Doge Coin telah menfailkan saman ke atas Elon Musk berjumlah $258 bilion (~RM1.1 trilion) kerana didakwa terlibat dalam skim piramid Doge Coin. Saman kelompok difailkan oleh beliau di Manhanttan.

Sumber Gambar: Business today

Musk didakwa bertanggungjawab mempromosikan Dogecoin bagi mengaut keuntungan sendiri sehingga mengakibatkan kerugian kepada pelabur lain sebelum nilainya turun mendadak. Nilai saman yang dituntut oleh Johnson adalah tinggi kerana mewakili semua pelabur Dogecoin sejak April 2019 lalu.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Defendan sedar sejak tahun 2019, Dogecoin tidak mempunyai nilai lagi namun dengan promosi yang dibuat oleh Elon Musk telah melonjak naik nilainya serta jumlah dagangan yang mendadak sekaligus memberi keuntungan.

Saman tersebut turut mengundang reaksi daripada Warren Buffet, Bill Gates dan bilionair lain yang mempersoalkan nilai kriptowang. Setakat ini, nilai kriptowang utama iaitu Bitcoin masih berada di bawah paras RM100,000 yang mana masih dikira belum kembali pulih seperti sedia kala.

Sebelum ini juga, Bill Gates berkongsi pendapat berkaitan NFT yang dilihat hanya satu penipuan yang didukung oleh orang yang lebih bodoh.

Bill Gates Berpendapat NFT Hanyalah Satu Penipuan Yang Didukung Oleh Orang Yang Lebih Bodoh

Bill Gates Tolak Melabur Pada Kriptowang Kerana Tidak Memberi Nilai Kepada Orang Ramai

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group