Sebut mengenai Dyson pasti orang ramai cukup mengenalinya. Berjaya menjadi jenama terunggul dalam menawarkan pelbagai pilihan vakum berteknologi tinggi membuatkan jenama ini menjadi antara jenama pilihan pengguna seluruh dunia.

Terbaharu, jenama dari Britain ini telah memilih untuk menamatkan hubungan mereka dengan pembekal produk keluaran Dyson di Malaysia iaitu ATA IMS Bhd.

Sumber: CNN

Semuanya dibuat berikutan terdapat dakwaan sebelum ini yang memaklumkan syarikat berkenaan mengeksploit warga asing namun ATA IMS Bhd menafikannya.

Dalam pada itu, segalanya terjawab menerusi keputusan audit yang mengesahkannya. Menerusi pengumuman yang dibuat, saham syarikat ATA IMS Bhd dilaporkan susut 30% ke paras terendah sejak April 2020. Menerusi laporan daripada Reuters, 80% pendapatan syarikat ATA IMS Bhd merupakan daripada pembekalan produk syarikat Dyson.

Sumber: The Edge markets

Sebelum ini syarikat ATA IMS Bhd turut mendapat perhatian media antarabangsa selepas seorang pekerja warga asing mendakwa perlu bekerja lebih masa iaitu selama 186 jam dalam tempoh sebulan.

Penamatan kerjasama ini sekaligus memberi tamparan hebat buat Malaysia yang sebelum ini turut didakwa mengeksploit warga asing menerusi beberapa syarikat lain.

Tular pada minggu ini apabila Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan hukum membeli Android Box bagi tujuan mengakses siaran berbayar adalah haram.

Hukum Membeli Android Box Untuk Mengakses Siaran Berbayar Adalah Haram Menurut Mufti WP

Majlis Ulama Indonesia Fatwakan Penggunaan Kriptowang Sebagai Matawang Adalah Haram