Karya NFT Bored Ape Yacht Club kini menjadi dambaan ramai ekoran nilainya yang kian melonjak sekaligus menjadi antara NFT termahal di pasaran. Dengan membawa tema beruk bersama pelbagai ciri unik pada setiap karyanya, maka terdapat sebahagian entiti cuba untuk menciplak demi mengaut keuntungan mudah daripada orang ramai.

Menerusi laporan The Verge, terdapat dua buah projek NFT yang dinamakan PHAYC dan Phunky Ape Yacht Club (PAYC) telah dihalang daripada menggunakan platform jual beli NFT OpenSea. Kedua-dua projek ini dikatakan telah menggunakan karya NFT BAYC lalu posisi beruk ditukarkan ke sisi belah kiri yang kemudiannya dijual pada pasaran NFT.

Sumber Gambar: The verge

Walaupun sudah menerima bidasan daripada pelbagai pihak kerana melanggar hak cipta intelek, kelihatan pihak ini masih menjual karya NFT ini di pelbagai platform jual beli lain yang lebih longgar undang-undangnya. Hal ini sekaligus menjadi bualan ramai bagaimana dunia NFT mengendalikan isu seni yang disalin daripada pemilik asal oleh entiti lain.

PAYC telah mengumumkan NFT ini pada awal Disember yang lalu yang mana mereka yang terawal mengambil bahagian sewaktu penjualan boleh menerima secara percuma sementara pengguna yang lain bakal dikenakan caj sebanyak 0.42 ETH (~RM655).

Pada awal tahun ini juga, mereka juga turut berbuat sedemikian dengan meniru NFT terkenal CryptoPunks lalu dijual pada pasaran NFT. Bagi mereka ini hanyalah satu sindiran kepada dunia NFT kerana sesiapa sahaja boleh menggunakan karya NFT di internet dan diubah suai kemudian ditawarkan kepada siapa yang berminat.

Setakat ini, pihak BAYC masih tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap entiti yang terlibat. Ini bukanlah perkara baru memandangkan ia merupakan praktis yang biasa dipakai oleh para pengkarya dalam menghasilkan karya NFT yang diinspirasikan daripada artis lain tetapi bukan dengan meniru sepenuhnya.

Dengan kehangatan dunia NFT, BAYC juga sudah melancarkan serum yang boleh mengubah rupa NFTnya menjadi lebih unik dan bernilai tinggi.

Unik Dan Kreatif, NFT Serum Mega Mutant Bored Ape Ini Dijual Pada Harga RM14.21 Juta

Tersilap Titik Perpuluhan, NFT Ini Dijual Pada Harga 1% Sahaja Daripada Nilai Sebenar

Sumber