Jenama Nothing dilihat berjaya menarik minat orang ramai terhadap telefon pintar pertamanya yang membawakan ciri menarik iaitu bahagian penutup belakang lutsinar yang memaparkan kesemua komponen dalaman. Ekoran keberkesanan teknik pemasaran ini, kini Dbrand juga mahu bersaing dengan menawarkan kes dan pelekat lutsinar seumpamanya.

Dbrand baru sahaja melancarkan siri aksesori terbaru yang dinamakan Something yang mana dilihat mahu bersaing dengan jenama Nothing. Pengguna boleh mendapatkan sama ada kes atau kulit lutsinar untuk beberapa model flagship seperti iPhone 13 Pro Max, Google Pixel 6 Pro dan Samsung S22 Ultra.

Sumber Gambar: Dbrand

Difahamkan siri akseksori eksklusif ini juga hanya ditawarkan dalam jumlah yang terhad dengan harga bermula RM111 untuk kulit dan RM244.22 untuk case pelindung eksklusif tersebut. Dalam pada itu, Dbrand juga dikhabarkan sedia melancarkan versi Nintendo Switch dan beberapa peranti lain sekiranya menerima sambutan yang baik pada kali ini.

Syarikat Dbrand dilihat sangat bijak dalam memasarkan produk mereka termasuklah menyertai trend semasa yang mana sedang hangat diperkatakan tentang bahagian belakang telefon Nothing yang serba unik. Jika anda berminat dengan aksesori eksklusif ini, anda boleh dapatkan di laman rasmi Dbrand sementara stok masih tersedia.

Bercakap mengenai Nothing, syarikat ini sedia menawarkan secara rasmi telefon pintar pertama mereka di Malaysia pada harga RM2,399.

Nothing Phone (1) Sedia Ditawarkan Bermula Harga RM2,399 Buat Pasaran Tempatan

Nothing Phone (1) Bakal Dilelong Sebanyak 100 Unit Menerusi StockX