Sejak syarikat Meta berkongsikan visi mereka yang mahu menfokuskan dunia maya yang dijangka bakal digunakan secara meluas pada masa kelak, dapat dilihat ramai pelabur kripto berpusu-pusu mencari peluang untuk mendapatkan sebahagian hartanah maya bagi menjana keuntungan daripada permintaan pengguna di masa hadapan.

Untuk makluman, terdapat dua matawang kripto popular yang digunakan secara khusus mendapatkan lot hartanah di dunia meta iaitu Sandbox (SAND) dan Decentraland (MANA). Tanah yang dibeli pula boleh digunakan untuk dijual, membina kediaman atau bangunan komersial, melakukan acara besar atau disewakan bagi mendapatkan keuntungan.

Sumber Gambar” NDTV Gadget 360

Menurut laporan Dappradar, didapati aktiviti penjualan dan pembelian menunjukkan perkembangan yang cukup positif dengan nilai jualan yang direkodkan sebanyak $100 juta (~RM423 juta) dalam tempoh seminggu sahaja. Jumlah nilai jualan ini merangkumi dua dunia meta yang sedang popular ketika ini iaitu Sandbox dan juga Decentraland.

Jualan tanah di Sandbox telah direkodkan sebanyak $86.5 juta (~RM366 juta), sementara Decentraland juga mengutip sebanyak $15.5 juta (~RM65.6 juta). Ditambah pula harga token yang masih murah, sudah pasti ramai pelabur yang mahu mendapatkan token-token tersebut dengan jangkaan nilainya melonjak tinggi kelak.

Sumber Gambar: aroged

Setakat artikel ini ditulis, token SAND sedia didagangkan dengan sekitar $5.10 (~RM21.58) dan diikuti pula dengan token MANA yang bernilai sekitar $3.48 (RM14.73) sahaja. Projek dunia meta dilihat mempunyai potensi yang besar dengan penglibatan sejumlah syarikat gergasi menerusinya. Perlu diingatkan ia masih berisiko untuk dilaburkan sepenuhnya.

Sebelum ini juga, sebuah hartanah di Decentraland berjaya dijual pada harga RM10 juta dan bakal digunakan untuk acara fesyen bersama penjualan kosmetik virtual.

Hartanah Maya Dalam Dunia Metaverse Ini Berjaya Terjual Dengan Harga RM10 Juta

Aset NFT Termahal The Sandbox, Kapal Mega Yacht Maya Ini Berjaya Terjual Dengan Harga RM2.96 Juta

Sumber