Sebuah hantaran Facebook telah dikongsi ribuan orang bersama-sama dengan kenyataan bahawa NASA mengumumkan bahawa kemungkinan matahari akan terbit dari bahagian barat dan ia adalah tanda bahawa hari kiamat semakin hampir.

Hantaran yang beredar di Facebook dan ditulis dalam bahasa Thailand itu telah dikongsi ramai orang sejak Januari lalu dan NASA dalam satu kenyataan rasmi mengatakan bahawa dakwaan tersebut sebagai palsu dan tidak benar.

Di dalam muat naik terbabit yang dikepilkan sekali bersama gambar dengan kapsyen, “NASA mengesahkan kemungkinan matahari terbit dari barat. Bumi berputar ke arah yang bertentangan sehingga menyebabkan matahari terbit dari sebelah barat,” katanya yang ditulis di dalam bahasa Thai.

misleadingpostx_27

“Para penyelidik percaya bahawa kita bergerak menuju ke arah berlawanan dari medan magnet yang akan membawa kita ke hari akhir untuk umat manusia dan menghampiri kiamat.”

Sebenarnya dakwaan ini bukan pertama kali hadir. Sebelum ia hadir dalam versi bahasa Thailand, dakwaan serupa juga pernah di buat dalam bahasa Inggeris pada tahun 2020 dan pada tahun 2010. Lebih parah lagi, perkongsian itu sebenarnya sudah menjadi semacam budaya di Facebook.

Kenyataan NASA

NASA dalam satu kenyataan menafikan dakwaan tersebut. Ketika dihubungi oleh AFP, NASA menyatakan bahawa dakwaan mengenai matahari akan terbit dari barat adalah “palsu”.

“Baik NASA atau organisasi saintifik lain tidak mampu untuk meramalkan matahari akan terbit di barat,” kata Bettina Inclán, seorang Pentadbir Bersekutu untuk Komunikasi NASA.

Dia menjelaskan bahawa fenomena pembalikan tiang magnet adalah sebenarnya telah sering berlaku pada zaman dahulu. Namun, anggapan bahawa pembalikan akan menyebabkan Bumi berputar ke arah yang berlawanan sehingga matahari terbit di barat adalah salah.

Bettina turut menjelaskan bahawa NASA dan organisasi saintifik lain sering menjadi sasaran dakwaan teori sains yang palsu. Menurutnya, isu matahari terbit dari barat sama dengan isu kiamat yang sering beredar di kalangan masyarakat.

Untuk rekod, NASA pernah menerbitkan artikel pada 1 Disember 2011 yang menjelaskan fenomena pembalikan medan magnet Bumi bagi menjelaskan bahawa fenomena ini sering berlaku sejak ribuan tahun dahulu.

NASA kongsi imeh perbezaan kawasan hutan di antara Sarawak dan Brunei. Klik pautan di bawah untuk membaca.

https://www.thevocket.com/nasa-kongsi-imej-perbezaan-kawasan-hutan-di-antara-sarawak-dan-brunei/

https://www.thevocket.com/nasa-kaji-asteroid-gergasi-yang-bernilai-rm41563418211000000000/

https://www.thevocket.com/nasa-dedah-ada-asteroid-gergasi-dekati-bumi-pada-bulan-mac-tahun-ini/