Cip Terbaru Snapdragon 888 Gagal Tandingi Prestasi Apple A13 Dan A14

Setiap kali lancarnya cip pemprosesan terbaru khususnya pada penggunaan model flagship, pastinya cip tersebut menjadi ukuran. Hal ini dalam membolehkan pengguna mengetahui sejauh manakah kehebatan prestasi sesebuah telefon pintar.

Terbaharu, Qualcomm telah melancarkan cip pemprosesan terbaru mereka iaitu Snapdragon 888 di mana model ini bakal disertakan pada model telefon pintar flagship Android.

Jika sebelum ini cip pemprosesan ini menjanjikan kuasa pemprosesan lebih hebat berbanding cip keluaran Apple, keputusan daripada GeekBench 5 memaparkan keputusan yang sebaliknya.

Cip pemprosesan Snapdragon 888 ini bukan sahaja tewas dengan Apple A14 Bionic, malah turut menunjukkan keputusan yang lebih rendah berbanding cip Apple tahun lalu iaitu Apple A13 Bionic.

Dalam erti kata lain, peranti Android yang bakal ditawarkan pada tahun 2021 ini bakal menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih rendah berbanding Apple iPhone 11 dan iPhone SE.

Dalam pada itu, buat para peminat Android yang mahukan lebih kuasa, model telefon pintar dengan cip Snapdragon 888 sememangnya berbaloi didapatkan selepas berjaya menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 25% dan GPU sebanyak 35%.

Dilaporkan Apple mungkin tidak lagi menyertakan kabel USB bersama dengan model iPhone 13 yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

https://www.thevocket.com/apple-iphone-13-mungkin-tidak-lagi-didatangkan-dengan-kabel-usb-bersama/

https://www.thevocket.com/5000-pekerja-kilang-iphone-di-india-merusuh-kerana-gaji-lambat-masuk/

Sumber
Exit mobile version