Jika pada tahun lalu syarikat Qualcomm telah melancarkan cip pemprosesan Snapdragon 888, tahun ini bakal menyaksikan syarikat ini bakal melancarkan cip pemprosesan terbaharu iaitu Snapdragon 895.

Menerusi cip terbaharu ini, para pengguna boleh menjangkakan peningkatan pretasi yang lebih baik berbanding cip pemprosesan Snapdragon 888 yang ditawarkan sebelum ini.

Berdasarkan khabar angin daripada platform Weibo, cip terbaru ini bakal sedia ditawarkan pada telefon pintar pada awal bulan Disember tahun ini. Setakat ini masih belum dikongsikan model manakah yang akan menggunakan cip daripada Qualcomm ini.

Xiaomi_Mi117175
Xiaomi mi 11.Sumber: Notebook Check

Untuk pengetahuan, jenama Xiaomi antara yang aktif dalam menjadi yang terawal menggunakan cip terbaik dan terbaharu daripada Qualcomm seperti yang digunakan pada Xiaomi Mi 11 pada tahun yang lalu. Agak menarik untuk menyaksikan adakah Xiaomi mampu mengulangi skrip yang sama.

Tahukah anda pihak Xiaomi telah memberi pilihan kepada pembeli Xiaomi Mi 11 sama ada ingin mendapatkan charger atau sebaliknya pada harga yang sama.

Pembeli Xiaomi Mi 11 Diberi Pilihan Dapatkan ‘Charger’ Bersama Atau Sebaliknya Pada Harga Yang Sama

Xiaomi Perkenalkan Teknologi Pengecasan 200W Bolehkan Cas Penuh Peranti Sepantas 8 Minit

Sumber