Tencent Holdings baharu sahaja menamatkan operasi permainan video viral di dunia ‘PlayerUnknown’s Battlegrounds’ atau lebih dikenali sebagai PUBG. Permainan video tersebut kini digantikan dengan permainan baharu yang lebih bersifat patriotik, dikenali sebagai ‘Game of Peace’.

Masih mengekalkan ciri permainan yang sama, namun ‘Game of Peace’ kini mempunyai matlamat dan arah permainan yang berbeza. Difahamkan ‘Game of Peace’ ini didedikasikan kepada tentera udara China yang sudah berkhidmat untuk menjaga keselamatan udara negara tersebut.

Menawarkan pemainan gantian ini sememangnya sesuatu yang jarang dilakukan lebih-lebih lagi daripada pengeluar yang sama namun Tencent Holdings sanggup melakukannya untuk pengguna di China. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana permainan ‘Game of Peace’ ini bakal memberi impak di negara tersebut. Berikut merupakan video playthrough ‘Game of Peace’.