Umum tahu seorang CEO syarikat akan mewakili syarikatnya. Walau bagaimanapun, citarasa atau pemilihan seseorang yang berbeza mungkin membuatkan seorang CEO lebih selesa untuk menggunakan produk daripada syarikat pesaing.

Perkara yang sama turut terjadi kepada CEO Xiaomi, Lei Jun yang baru-baru ini kantoi dengan netizen selepas memuat naik sebuah status di laman media sosial Weibo menggunakan iPhone. Beliau walau bagaimanapun telah membuang status tersebut selepas Weibo memaparkan telefon pintar yang digunakan.

Screen Shot 2020-05-14 at 3.27.32 PM

Meskipun Lei Jun pantas membuang status yang baru sahaja dimuat naik, difahamkan terdapat netizen yang lebih pantas screenshot status berkenaan dan mulai menyebarnya di media sosial.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali CEO daripada syarikat pesaing menggunakan kantoi menggunakan iPhone. Sebelum ini, CEO Huawei, Ren Zhengfei bersama seluruh keluarganya turut menggunakannya serta memuji ekosistem yang terdapat iPhone secara terbuka.

Tahun lalu, dua pekerja Huawei telah didenda dan diturunkan pangkat kerana tweet menggunakan iPhone. 

https://www.thevocket.com/akibat-tweet-guna-iphone-dua-pekerja-huawei-didenda-dan-diturunkan-pangkat/

https://www.thevocket.com/kamera-xiaomi-mi-note-10-berjaya-menjadi-antara-kamera-terbaik-menurut-dxomark/

Sumber