Sementara kita masih dalam proses mendapatkan rangkaian 5G secara komersial, beberapa syarikat kini sudah pun mula mengusahakan rangkaian 6G seperti Nokia. Internet berkelajuan tinggi sudah menjadi satu perkara penting untuk pelbagai urusan seharian kita.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Nokia, kini yakin rangkaian 6G akan mula memasuki pasaran komersial menjelang 2030. Sungguhpun begitu, beliau mengatakan bahawa orang ramai boleh mengaksesnya menerusi peranti berbeza selain daripada telefon pintar yang digunakan hari ini.

Sumber Gambar: Osram

Dengan rangkaian internet yang lebih pantas,  6G dijangka akan membawa kepada interaksi menerusi peranti seperti kaca mata pintar dan sebagainya yang dipakai terus pada wajah. Hal ini sekaligus boleh memudahkan lagi proses interaksi.

CEO Nokia turut menyasarkan yang mana kita akan mulai memakai pelbagai peranti berhubung pada badan untuk berinteraksi terus seperti set kepala vr dan seumpamanya. Jadi, telefon pintar mungkin sudah tidak digunakan lagi pada masa kelak.

Malah, perkara ini terbukti dengan wujudnya pembangunan boleh-pakai dan kaca mata pintar tersendiri termasuklah Meta, Apple, Google dan juga Microsoft. Syarikat-syarikat ini juga telah melakukan pelaburan yang besar pada arena realiti maya selain pembantu maya pintar.

Dalam pada itu, syarikat Google juga dilaporkan bakal menggunakan teknologi Huawei untuk kemas kini Android 13.

Google Dilaporkan Bakal Gunakan Teknologi HUAWEI Dalam Kemas Kini Android 13

Ekoran Krisis Global, Samsung Terpaksa Kurangkan Pengeluaran Telefon Sebanyak 30 Juta Unit