Sejak Mei lalu, isu melibatkan Huawei yang disekat oleh Amerika Syarikat untuk berdagang serta dihalang untuk menggunakan akses Google secara tidak langsung memberi kesan kepada Huawei.
Enam bulan berlalu, Amerika Syarikat yang sebelum ini dilaporkan bakal melepaskan sekatan terhadap Huawei masih lagi meneruskannya membuatkan telefon pintar terbaru keluaran Huawei tidak mendapat akses Google.
Menerusi kenyataan CEO Huawei, Ren Zhengfei baru-baru ini, beliau yakin Huawei tidak memerlukan Google untuk menjadi jenama dengan jualan tertinggi dunia.
Cita-cita CEO Huawei ini mungkin dilihat tidak realistik sekitar lima tahun lalu namun laporan penjualan terbaru menunjukkan Huawei semakin hampir memintas Samsung sebagai jenama dengan penjualan tinggi.
Huawei sebelum ini turut pernah mengumumkan sistem operasi mereka sendiri iaitu Harmony OS yang menjanjikan prestasi yang lebih pantas berbanding Android namun tidak ditawarkan secara rasmi setakat ini. Untuk pengetahuan, pengguna Huawei Mate 30 Pro masih boleh mendapatkan akses Google dengan memuat turun melalui pihak ketiga.
Ketahui bagaimana produk Huawei dapat meningkatkan produktiviti bekerja. Turut dikongsikan mengapa anak muda sangat gilakan jam pintar Huawei Watch GT2. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
https://www.thevocket.com/tingkatkan-produktiviti-bekerja-ketahui-bagaimana-3-produk-hebat-huawei-ini-dapat-membantu/
https://www.thevocket.com/kenapa-anak-muda-gilakan-jam-pintar-huawei-watch-gt-2-ni-katanya-boleh-play-lagu-lagi/