Baru sahaja berlaku pada Oktober lalu, nampaknya rangkaian Celcom sekali lagi mengalami masalah perkhidmatan. Menerusi perkongsian Celcom pada kali ini, rangkaian ini melaporkan gangguan yang berlaku pada kali ini membuatkan para pengguna gagal mengakses laman web.

Walau bagaimanapun, pelayan internet melalui aplikasi seperti Facebook, Instagram, YouTube dan WhatsApp masih lagi boleh diakses seperti biasa. Membuat panggilan secara selular juga masih dapat dibuat seperti biasa.

0 (1)
Sumber: Linkedin

Dilaporkan kebanyakan pengguna yang mengalami masalah rangkaian Celcom ini terdiri daripada mereka yang berada di sekitar Lembah Klang. Setakat artikel ditulis, pihak Celcom masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tarikh gangguan perkhidmatan bakal tamat.

Tular pada minggu ini apabila orang ramai berkongsi gambar miliki PlayStation 5 yang sekaligus membuatkan para netizen tertipu.

https://www.thevocket.com/ramai-kongsi-gambar-miliki-playstation-5-filter-ini-berjaya-buat-netizen-tertipu/

https://www.thevocket.com/boleh-gulung-dan-simpan-tv-tercanggih-dunia-sedia-dijual-dengan-harga-rm365863/