Celcom merupakan salah satu syarikat telekomunikasi utama yang mempunyai jumlah pelanggan yang besar. Dengan kewujudan rangkaian 5G pada hari ini, pasti ramai pelanggan tidak sabar menantikan penawaran internet berkelajuan tinggi itu seperti yang tersedia di negara lain.

Terbaharu, Celcom kini berkongsi mengatakan ingin memulakan ujian 5G kepada para pelanggan mereka seawal September 2022 ini jika semua proses berjalan lancar. Perkara ini dikongsikan oleh pihak Celcom bersempena dengan Celcom Business Tech Week 2022 baru-baru ini.

Sumber Gambar: Business Today

Syarikat telekomunikasi secara umumnya akan menggunakan infrastruktur yang diuruskan oleh DNB. Pada hari ini, jaringan 5G sudah pun meliputi sejumlah kawasan di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan juga Ipoh.

Perkara ini juga selaras dengan perancangan K-KOMM yang menyasarkan penawaran servis 5G menjelang September ini sekiranya semua proses berjalan lancar. Dengan perkongsian pihak Celcom ini, kita juga mungkin bakal melihat syarikat telekomunikasi lain turut serta mengumumkan ujian 5G tidak lama lagi.

Sebelum ini, K-KOMM mahu memperluaskan liputan rangkaian 5G seawal bulan hadapan di 40 buah lokasi sekitar Melaka.

40 Lokasi Di Melaka Bakal Menerima Liputan Rangkaian 5G Seawal Bulan Hadapan

Ketereh Muncul Sebagai Hab Digital Luar Bandar Dengan Liputan 5G Pertama Di Malaysia