Anda sudah pasti kenal akan nama Ookla oleh kerana sering menggunakan aplikasi semakan liputan rangkaian serta kelajuan internet secara langsung mereka iaitu Speedtest. Syarikat ini juga menyediakan laporan analisa tahunan untuk melihat perkembangan prestasi liputan internet di sesebuah negara.

Terbaharu, Ookla telah menobatkan Celcom sebagai penyedia rangkaian mudah alih terbaik di Malaysia berdasarkan laporan untuk tahun 2021 lepas. Berdasarkan skor Ookla, Celcom mencatatkan skor lebih 93.2% untuk rangkaian 4G malah mencecah 99.7% untuk liputan umum di seluruh Malaysia.

Sumber Gambar: Laporan Ookla

Difahamkan Celcom sedia menambah 900 tapak baharu serta lebih daripada 9,500 tapak lain yang telah dioptimasi dengan penambah baikan liputan 4G dan kapasiti di seluruh negara. Syarikat Celcom juga mendakawa mencapai anggaran 99% liputan 4G penduduk dan menambah baik di tujuh negeri terutamanya di Sabah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah.

Lanjutan daripada itu, pihak Celcom mengatakan akan terus melabur dalam memodenkan rangkaian untuk memenuhi pertumbuhan trafik data yang pesat. Mereka juga mahu menyediakan perkhidmatan rangkaian kepada semua masyarakat termasuk di kawasan terpencil dalam memacu rangkuman digital di seluruh negara.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui perbandingan 6 pek permulaan prabayar telco yang ditawarkan pada tahun 2022 sebagai panduan pemilihan.

Perbandingan 6 Pek Permulaan Prabayar Telco Yang Ditawarkan Pada Tahun 2022

Ekoran Gangguan Rangkaian Selepas Serangan Rusia, Elon Musk Lancarkan Internet Starlink Ke Ukraine

Sumber