Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini telah diarahkan untuk melakukan audit dan pemetaan ke atas kualiti rangkaian yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan untuk memastikan orang ramai mendapat mutu rangkaian internet mudah alih yang terbaik.

Tinjauan terbaru yang dibuat oleh badan telekomunikasi tersebut mendapati bahawa mutu rangkaian yang dibekalkan oleh Celcom, Digi dan U Mobile didapati gagal memenuhi piawaian perkhidmatan jalur lebar di Pulau Langkawi termasuklah Langkawi Highway dan sejumlah lokasi pelancongan di pulau tersebut.

Sumber Gambar: Harian Metro

Arahan Suruhanjaya yang didaftarkan pada 19 Mei 2022 telah menuntut ketiga-tiga syarikat itu untuk membuat penambah baikan kualiti perkhidmatan dan kualiti pengalaman pengguna pada tahap yang baik dalam masa yang sama menepati piawaian mutu yang ditetapkan oleh SKMM.

Kegagalan untuk membaiki mutu rangkaian internet mudah alih mereka kepada tahap yang ditetapkan boleh mengakibatkan syarikat berkenaan untuk dikenakan saman sehingga RM200,000 di bawah seksyen 2, Akta Komunikasi dan Multimedia.

Tan Sri Annuar Musa juga memaklumkan bahawa syarikat telekomunikasi di Malaysia sudah mengaut keuntungan yang lumayan maka apa salahnya melabur semula dalam memperbaiki isu sambungan yang dihadapi oleh orang ramai. Hal ini sememangnya serius kerana masih lagi terdapat kawasan yang tidak menerima sambungan internet yang sewajarnya.

Sementara itu, satelit ke-10 negara telah dilancarkan selaras dengan penambah baikan sambungan internet berkelajuan tinggi untuk rakyat.

Satelit Ke-10 Negara Dilancarkan, Mampu Tawarkan Internet 100Mbps Di Kawasan Pedalaman

Satelit Internet Starlink Mungkin Ditawarkan Di Malaysia Seawal Tahun 2023

Sumber