Bermula dengan ura-ura nampaknya rundingan diantara syarikat induk Celcom dan Digi berjaya mencapai kata sepakat apabila Axiata Group Sdn Bhd dan Telenor ASA mengumumkan yang mereka akan menggabungkan perkhidmatan telekomunikasidi rantau Asia.

Persetujuan untuk menggabungkan dua syarikat ini secara tidak langsung membolehkan rangkaian Digi dan Celcom menjadi penawar telko terbesar di Malaysia. Tidak hanya di Malaysia, gabungan ini turut melibatkan lebih 300 juta pengguna di sekitar Asia.

Sumber: Foursquare Jacky C

Gabungan diantara dua syarikat ini turut memperlihatkan pakej dan pelan terbaru dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengguna bersempena dengan rangkaian mereka yang lebih meluas.

Setakat ini pengumuman persetujuan untuk menggabungkan dua syarikat ini masih lagi diperingkat awal. Pastinya proses peralih serta penjenamaan semula dua syarikat ini bakal mengambil sedikit masa sebelum diumumkan kepada para pengguna. Mungkinkah dua jenama ini bakal hadir dengan nama baru untuk rangkaian telko di Malaysia?

Sumber