Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah membuka tirai secara rasmi selepas pelancaran upacara majlis pembukaan berlangsung dengan penuh gilang-gemilangnya pada petang semalam. Semestinya orang ramai ingin menonton dan mengetahui perkembangan pelbagai acara yang dipertandingkan pada kali ini.

Sehubungan dengan itu, pihak RTM telah menyediakan sebuah laman web khusus bagi anda yang ingin menonton dan menstrim pelbagai acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara percuma sahaja.

vocket-tech-news-olimpik-1
Sumber Gambar: RTM

Orang ramai sudah boleh mulai menonton secara percuma bermula pada 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021 ini. Menariknya, terdapat 5 saluran yang menayangkan pelbagai acara yang berlainan secara serentak yang boleh ditonton melalui laman tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk menonton atau stream acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara percuma, anda boleh klik di sini. Kini anda boleh mengikuti perkembangan dan memberi sokongan kepada atlet Malaysia dengan lebih mudah.

Di samping itu, Samsung dilaporkan telah menghadiahkan sebuah peranti Galaxy S21 5G Edisi Olimpik buat atlet Malaysia yang layak ke acara sukan Olimpik tahun ini.

Samsung Hadiahkan Galaxy S21 5G Edisi Olimpik Buat Atlet Malaysia Yang Layak

Samsung Galaxy S22 Dijangka Tawarkan Kamera Utama 200MP Hasil Kerjasama Olympus

Sumber