Seperti kita sedia maklum, kerajaan sudah memperuntukkan sejumlah besar jutaan ringgit untuk memberikan kelengkapan pembelajaran yang lebih baik buat para pelajar di Malaysia.

Kini para pelajar berpeluang mendapatkan sebuah tablet Samsung baharu secara percuma menerusi program PerantiSiswa. Pelajar diberikan peluang untuk membuat permohonan bermula Ogos lalu sehinggalah 30 September ini.

Cara memohon tablet PerantiSiswa
Sumber Gambar: Facebook
Sebelum lanjut membuat permohonan, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan di bawah inisiatif ini seperti yang berikut:-

Pelajar IPT yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon.

Anda juga sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan IPT Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Jika anda menepati kesemua kritieria kelayakan permohonan, bolehlah ikuti tutorial cara memohon tablet PerantiSiswa seperti di bawah.

Cara memohon tablet PerantiSiswa

1. Pertama sekali, kunjungi laman rasmi PerantiSiswa.

2. Kemudian, pergi Daftar Pengguna dan lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran lalu klik Hantar.

3. Selepas itu, notifikasi pemberitahuan akan dihantar kepada e-mel pemohon untuk tujuan pengesahan Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun.

4. Anda perlu melog masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk.

5. Skrin Borang Permohonan PerantiSiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan ruangan yang wajib diisi pada borang tersebut.

6. Kemudian, skrin notifikasi berkaitan terma dan syarat akan dikeluarkan secara pop-up.

7. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan.

8. Akhir sekali, skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Tekan Cetak/Simpan untuk simpanan.

Untuk makluman, tablet yang ditawarkan adalah Galaxy Tab A8 LTE bersama papan kekunci dan juga sebuah pen stylus. Malah, tablet ini menyokong kad sim selular untuk memudahkan akses internet pada bila-bila masa. Pelajar juga dibenarkan untuk menyimpan walaupun sudah habis pembelajaran kelak.

Setakat fasa pertama ini, sudah ramai pelajar berjaya menerima tablet Samsung ini. Anda dinasihatkan untuk mengisi kesemua borang dengan teliti supaya dapat melancarkan lagi proses agihan. Sebarang permohonan yang mengalami ralat akan menerima agihan pada sesi berikutnya selepas selesai rayuan disemak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman rasmi PerantiSiswa  atau mengemelkan kepada [email protected] dan boleh juga menghubungi melalui talian. Sebarang maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa setelah diumumkan lanjut oleh pihak kerajaan.

Sumber