Sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada Mac 2020 yang lalu, kebanyakkan pengguna semakin bergantung kepada internet sama ada data mudah alih atau rangkaian WiFi di rumah. Majoriti aktiviti telah berlaku di atas talian ekoran usaha pembendungan wabak ini yang semakin meruncing.

Sekiranya anda merupakan pengguna internet tegar, kami yakin anda pasti perasan dengan prestasi kelajuan internet yang kian merundum sejak kebelakangan ini. Hal ini berlaku kepada semua pengguna di Malaysia terutamanya sewaktu PKPD yang sedang berlaku sehingga ke hari ini.

Punca internet perlahan

vocket-tech-internet-jendela-1
Sumber Gambar: JENDELA

Menurut Laporan Suku Tahun Ketiga Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), masalah rangkaian internet sudah bermula sejak daripada perlaksanaan PKP tahun lepas lagi. Sejak dari Januari sehingga Jun tahun ini terdapat 120,835 aduan yang telah dibuat oleh pengguna di seluruh Malaysia.

Masalah prestasi internet ini berlaku akibat peningkatan penggunaan terutamanya sewaktu PKP dilaksanakan. Prestasi rangkaian 4G juga dilihat tidak memberangsangkan dari awal tahun sehingga ke akhir bulan Jun ini.

vocket-tech-internet-jendela-2
Sumber Gambar: JENDELA

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) turut menjelaskan bahawa peningkatan pengguna Internet telah menyumbangkan kepada aliran trafik yang sesak dan menjadi faktor utama penurunan kelajuan internet di setiap kawasan. Kepadatan penduduk di satu kawasan turut boleh menyumbang permintaan bandwith yang banyak bagi menampung kapasiti internet pengguna di kawasan tersebut.

Walaubagaimanapun, pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi sedang berhempas pulas untuk menampung keperluan internet dengan menambah kawasan liputan untuk semua pengguna. Buat masa ini, anda boleh mencuba beberapa cara lajukan internet di telefon pintar seperti berikut.

Cara melajukan internet di telefon pintar anda

1. Buang widget pada paparan utama

cara lajukan internet

Widget merupakan satu komponen di dalam skrin utama telefon seperti jam, kalendar, carian Google Search atau cuaca. Terdapat widget yang menggunakan sambungan internet anda untuk mendapatkan maklumat secara langsung. Majoriti telefon pintar boleh membuang widget dengan mudah.

Anda hanya perlu menekan pada widget yang ingin dibuang sehingga ada logo tong sampah yang tertera. Kemudian, anda boleh tarik widget tersebut ke arah tong sampah dan ia akan hilang selepas itu. Sekiranya anda ingin menggunakan widget semula pada masa kelak, boleh cari pada bahagian Setting dan tekan di Home screen ataupun Widget.

2. Bersihkan cache di telefon

cara lajukan internet

Kebiasaanya cache yang disimpan melalui aplikasi atau pelayar adalah untuk melancarkan pengalaman sewaktu digunakan. Namun, perkara ini bakal mengakibatkan internet menjadi perlahan serta prestasi telefon pintar yang kian merundum.

Untuk membuang cache, anda boleh pergi ke bahagian Application di Setting telefon tersebut. Lalu, pilih mana-mana aplikasi yang sering digunakan dalam seharian seperti Facebook, Twitter, Instagram atau browser dan permainan. Tekan pada bahagian App Info dan pilih Storage. Nanti anda akan lihat pilihan Cache dan klik Clean Cache.

Anda turut perlu berwaspada sewaktu membuang cache kerana sebahagian aplikasi memerlukan anda untuk memuat turun semula kandungan dalaman. Penggunaan aplikasi pembersihan cache juga memudahkan untuk buang kandungan cache secara automatik.

3. Gunakan aplikasi internet booster

cara lajukan internet

Salah satu cara lajukan internet adalah menggunakan aplikasi internet booster di Google Play Store yang boleh meningkatkan kelajuan internet anda. Aplikasi ini akan menggunakan server VPN atau DNS yang berlainan. Sebahagian aplikasi juga akan menukarkan setting rangkaian di telefon berkenaan untuk mendapatkan sambungan yang terbaik.

Anda boleh mencuba beberapa aplikasi internet booster yang percuma seperti 1.1.1.1: Faster & Safer Internet, Net Optimize dan Network Signal Booster. Setiap telefon pintar menghasilkan keputusan yang berbeza berikutan perbezaan spesifikasi, kawasan liputan dan lain-lain lagi. Buat masa ini masih tiada lagi tersedia aplikasi internet booster untuk pengguna iOS.

4. Reset rangkaian internet

vocket-tech-internet-network

Selalunya masalah ini timbul disebabkan oleh menara pemancar tersebut yang menyebabkan gangguan sambungan internet anda. Maka, anda boleh cuba reset rangkaian internet dengan mengaktifkan mod airplane untuk seketika dan tutup semula bagi mendapatkan tetapan rangkaian yang lebih baik.

Selain itu, anda juga boleh restart telefon pintar bagi melancarkan semula sistem operasi dan penggunaan RAM. Sebahagian masalah mungkin terjadi disebabkan telefon pintar yang sudah lama atau saiz RAM yang terlalu kecil.

Pada bahagian tetapan Sim card, anda boleh menukar jenis rangkaian yang bersesuaian mengikut liputan kawasan kerana terdapat kawasan yang mempunyai kelajuan rangkaian 3G yang lebih baik berbanding rangkaian 4G.

5. Buang aplikasi yang tidak digunakan pada background

vocket-tech-internet-background

Jika anda sering menggunakan pelbagai aplikasi sekaligus, aplikasi tersebut secara automatiknya akan diletakkan pada background sistem operasi. Hal ini akan memperlahankan sistem operasi malahan sambungan internet turut digunakan oleh sebahagian aplikasi secara tidak langsung di sebalik sistem operasi.

Sebaiknya anda mematikan aplikasi yang tidak digunakan bagi melancarkan pengalaman menggunakan internet. Anda boleh mematikan aplikasi pada background sama ada dengan menekan pada menu window page dan buang semua aplikasi atau pilih spesifik aplikasi pada bahagian Application dan klik Force to Close .

6. Membuat factory reset

Screenshot_2021-07-13-21-17-21-49

Penggunaan telefon pintar pada jangka masa yang lama boleh menyumbang masalah prestasi internet serta kelancaran sistem operasi sewaktu digunakan. Pelbagai kandungan atau data yang ditambah pada setiap hari melalui aplikasi yang digunakan.

Ini merupakan ikhtiar yang terakhir sekiranya semua cara di atas tidak berkesan. Selepas melakukan factory reset, telefon pintar akan kembali seperti saat anda baru mendapatkannya. Semua tetapan akan kembali kepada asal dan pembersihan secara menyeluruh pada telefon tersebut.

Setiap jenama mempunyai cara factory reset yang berbeza, jadi anda mungkin boleh melakukan kaji selidik terlebih dahulu supaya boleh dibuat dengan betul. Anda juga boleh membuat file backup sebagai langkah berjaga.

Kelajuan internet sememangnya tidak dapat dikawal oleh disebabkan pelbagai faktor. Diharapkan dengan perkongsian beberapa cara lajukan internet dapat meningkatkan kelajuan internet anda berbanding sebelum ini. Sekiranya anda masih menghadapi masalah lagi, anda boleh merujuk kepada syarikat telekomunikasi yang membekalkan servis rangkaian internet di kawasan anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai sebuah lagi kemas kini yang bakal ditawarkan WhatsApp dalam menawarkan gambar dan video berkualiti tinggi buat para pengguna.

WhatsApp Bakal Tawarkan Fungsi Penghantaran Gambar Berkualiti Tinggi

19 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet 5G Terpantas Di Dunia

SKMM Perkenalkan Laman JENDELA, Mudahkan Pengguna Semak Kekuatan Liputan Telekomunikasi

Sumber