Bagi kita sudah pasti melihat model iPhone 6s sebagai suatu yang lapuk untuk tahun 2022. Namun siapa sangka seorang selebriti Hollywood terkenal masih menggunakan model iPhone tersebut pada tahun ini dan hanya mahu menukar selepas tidak menerima kemas kini lagi.

Selebriti terkemuka yang dimaksudkan adalah Chris Evans atau lebih terkenal dengan watak yang dimainkan sebagai Captain America. Evans telah membuat perkongsian pada media sosial miliknya tentang iPhone 6s yang telah diganti ke iPhone 13 yang lebih terkini.

https://www.instagram.com/p/CfK1nJxN6TD/?utm_source=ig_web_copy_link

Gambar yang dikongsikan memaparkan proses peralihan data dari iPhone lamanya ke iPhone baru. Malah, beliau turut berkongsi pengalaman suka duka bersama iPhone 6s miliknya seperti cuba menghidupkan iPhone tersebut pada malam hari atau hasil gambar yang kabur dan bateri turun mendadak secara tiba-tiba ke 15% daripada 100%.

Beliau juga menyatakan sangat menyukai pengalaman penggunaan iPhone serta akan merindui butang Home yang terdapat pada iPhone lamanya. Dikatakan beliau telah menggunakan iPhone yang sama sejak 2020 lagi yang mana ketika ini orang ramai sudah mulai menfokuskan kepada iPhone 12.

https://twitter.com/frathousevans/status/1258535989355540481?s=20&t=zBem4tkQyUEJRSph8CwYZg

Meskipun iPhone 6s sudah berusia tujuh tahun lamanya, model ini masih mendapat kemas kini terbaru. Namun hal ini berubah saat Apple memperkenalkan iOS 16 yang mana tidak menyokong lagi beberapa model lama termasuklah iPhone 6s.

Tanpa sokongan kemas kini yang sewajarnya, pasti pelbagai urusan seharian akan terganggu sekaligus menjadikan ia tidak relevan lagi. Jadi, inilah mungkin alasan kukuh untuk selebriti terkemuka ini beralih ke model iPhone yang lebih terkini.

Sebelum ini juga,  Bill Gates telah berkongsikan bahawa beliau memilih Samsung Galaxy Fold3 untuk kegunaan seharian.

Bill Gates Pilih Guna Samsung Galaxy Fold3 Berbanding Microsoft Surface Duo 2

CEO Xiaomi Kongsikan 4 Telefon Pintar Yang Digunakan Pada Ketika Ini