Caltex sebelum ini sudah pernah memperkenalkan aplikasi CaltexGo untuk memudahkan proses pembayaran isi minyak menerusi peranti tetapi hanyalah dalam fasa ujian sahaja. Kini, pihak Caltex memperkenalkan aplikasi CaltexGo secara rasminya di negara kita.

Menariknya, aplikasi CaltexGo pada hari ini sudah boleh digunakan di stesen Caltex seluruh negara. Menerusi aplikasi CaltexGo, anda boleh melakukan pembayaran untuk isi minyak terus pada aplikasi mudah-alih pada telefon pintar yang mana lebih efisien dan pantas.

Sumber Gambar: Paultan

Dengan ini, pengguna boleh mengisi minyak terus tanpa perlu bersesak-sesak lagi di kaunter pembayaran seperti sebelum ini. Selaras dengan pengenalan ini juga, Caltex menawarkan pulangan tunai RM5 untuk isian minyak minimum RM30 menerusi aplikasi Caltex Go.

Buat anda yang sering menggunakan stesen Caltex untuk mengisi minyak, kini boleh memuat turun aplikasi CaltexGo di Google Play Store dan App Store. Anda boleh mencuba aplikasi CaltexGo untuk pengisian minyak yang lebih lancar selepas ini.

Sebelum ini juga, aplikasi Setel sedia menawarkan pembayaran isian minyak menerusi Apple Watch sahaja.

Mahu Mudahkan Pembelian Minyak, Aplikasi Setel Sedia Ditawarkan Pada Apple Watch

Pembayaran Minyak Menggunakan TnG RFID Sedia Ditawarkan Pada Beberapa Stesen Shell Terpilih

Sumber