Kehadiran emoji sememangnya menambahkan lagi keseronokan sewaktu bermesej. Setiap emoji memberi maksud berlainan untuk anda memberi reaksi kepada sesuatu tajuk yang dibualkan.

Pasti anda sering melihat serta menggunakan emoji monyet yang tersengih comel sambil menutup mata. Walaupun tampak seperti emoji biasa, sebenarnya terdapat kisah disebaliknya dan ada dikaitkan dengan sentimen perkauman.

Sumber Gambar: Mediums

Menurut Emojipedia, emoji monyet tutup mata ini digelar sebagai See-No-Evil. Dalam bahasa Jepun, See-No-Evil ini dikenali Mizaru yang mewakili Three Wise Monkey dalam peribahasa Jepun.

Terdapat tiga emoji monyet termasuklah menutup mata, telinga dan mulut yang tersedia pada ruangan emoji membawa maksud yang tersendiri. Ketiga-tiga ini melambangkan peribahasa Jepun see no evil, hears no evil, speak no evil yang bermaksud tidak ingin melihat, mendengar dan bercakap tentang kejahatan.

Emoji ini juga terkadang disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang menyamakan orang kulit hitam dengan monyet. Jadi, emoji ini boleh menimbulkan isu perkauman juga sekiranya digunakan dalam konteks yang salah.

Dengan mengetahui maksud tersirat emoji ini secara ringkas, anda sepatutnya sudah mengerti kegunaan emoji monyet yang disediakan. Emoji ini memberi maksud anda tidak mahu mendengar, bercakap atau melihat berkaitan perkara-perkara negatif.