Sekitar tahun 2019, syarikat Apple menjadi bualan orang ramai selepas bertindak untuk tidak menyertakan pengecas pada sejumlah besar negara bersama iPhone yang dijual.

Meskipun dilakukan sebagai usaha untuk menjaga alam sekitar, keputusan yang dibuat sekaligus membuatkan orang kurang bersetuju melihatkan harga penawarannya yang premium.

Keputusan tersebut seterusnya turut menjadi ikutan jenama-jenama lain seperti Samsung, Xiaomi serta beberapa lagi jenama lain sehingga menjadi kebiasaan pada penawaran telefon pintar pada ketika ini.

Sumber: Salty news network

Terbaharu, mengekalkan prinsip yang sama untuk menjaga alam sekitar menerusi program Galaxy for the Planet, Samsung dilaporkan bakal turut membuang kabel USB daripada ditawarkan bersama telefon pintar seawal tahun 2023.

Malah, syarikat ini dilaporkan sedia membuang segala komponen atau material plastik pada kotak telefon pintar yang ditawarkan menjelang 2025. Keputusan yang dibuat, pastinya sekali lagi menimbulkan pelbagai pertikaian di kalangan pengguna. Terdapat pengguna yang melihatkan langkah yang dilakukan hanyalah sekadar mengambil kesempatan atas inisiatif yang dilakukan dan sebaliknya.

Untuk pengetahuan, selain Samsung, syarikat-syarikat teknologi yang lain juga sedang berusaha keras dalam mengurangkan penggunaan plastik dan karbon dalam menjamin alam sekitar yang lebih baik pada masa akan datang.

Tular pada minggu ini apabila OctaFX telah tersenarai dalam senarai amaran pengguna kewangan BNM.

Bank Negara Malaysia Menyenaraikan OctaFX Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Tidak Perlu Beli Daripada ‘Reseller’, Ini Caranya Menyemak Stesen Minyak Yang Menjual Kad TNG NFC