Sebut mengenai MSI, pastinya orang ramai cukup kenal jenama ini sebagai penawar komputer riba serta barangan gaming. Mana tidaknya, jenama ini sudah berjaya hampir dua dekad menawarkan barangan-barangan gaming khusus buat para gamers seluruh dunia.

Dalam pada itu, MSI pada kali ini tampil berbeza daripada kebiasaan di mana jenama ini hadir dengan model terbaru yang tampak lebih profesional serta memfokuskan kepada produktiviti menerusi model MSI Modern 14 dan MSI Summit E13 Flip Evo.

Mengetahui jenama ini yang produk melibatkan gaming, pasti ramai yang dapat menjangkakan kehebatan dua model yang diperkenalkan MSI pada kali. Ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai dua produk terbaru MSI ini.

MSI Summit E13 Flip Evo

Sering dikenali dengan penawaran komputer riba gaming, MSI pada kali ini telah melancarkan model MSI Summit E13 Flip Evo sekaligus menjadi komputer riba premium pertama jenama ini yang memfokuskan kepada produktiviti dan bisnes buat para pengguna.

Hadir dengan tagline ‘Determined to Succeed’, model MSI Summit E13 ini ternyata turut hadir dengan beberapa ciri hebat yang tidak tersedia pada komputer riba pesaing.

Pertamanya, model dengan berat 1.35kg ini berjaya dilengkapkan dengan sokongan Wi-FI 6E sekaligus menjadikan model komputer riba pertama dunia yang menyertakannya. Bukan itu sahaja, model ini turut menawarkan penawaran prestasi yang hebat buat pengguna menerusi penggunaan tenaga 28W.

Meskipun berjaya menawarkan prestasi yang minimum, ketahanan bateri bukan masalah buat model ini selepas MSI Summit E13 Flip Evo berjaya menawarkan 20 jam penggunaan untuk satu pengecasan penuh.

Sebuah lagi ciri menarik yang sekaligus menjadi ciri unik serta menjadi sebab utama pengguna wajar dapatkan MSI Summit E13 Flip Evo sudah pastinya penawaran skrin boleh lipat di mana para pengguna berpeluang melukis atau merangka pelan menerusi MSI Pen. Serius cool!

Berbincang mengenai prestasi, MSI Summit E13 Flip Evo sememangnya juara dalam kelasnya selepas berjaya dilengkapkan dengan processor Intel generasi ke-11, 16GB RAM beserta sokongan kad grafik Intel Iris. Penyertaan SSD antara yang turut tersedia.

Dalam erti kata lain, model ini berjaya menawarkan pakej lengkap buat para pengguna khusus buat para usahawan yang kerap bekerja tanpa mengira tempat serta mementingkan prestasi dan ketahanan bateri.

MSI Modern 14

MSI Modern 14 merupakan sebuah komputuer riba yang dihasilkan untuk menjadi peneman terbaik anda dalam melakukan tugas. Hadir dengan saiz kecil iaitu seberat 1.3kg beserta skrin 14-inci, MSI Moden berjaya menawarkan masa penggunaan sehingga 10 jam untuk satu pengecasan penuh.

Menariknya, menerusi teknologi pengecasan pantas yang ditawarkan, MSI Modern 14 berjaya dicas daripada 0% sehingga 70% dalam tempoh satu jam sahaja. Menarik bukan?

Penawaran backlit keyboard sangat membantu pengguna sewaktu keadaan cahaya malap

Mengulas mengenai spesifikasi, MSI Modern ditawarkan dengan processor Intel generasi ke-10 dan ke-11 mengikut pilihan pengguna. Penawaran RAM sehingga 8GB antara yang ditawarkan beserta sokongan SSD sehingga 512GB.

Pihak MSI juga turut menawarkan beg khas dalam menyimpan MSI Modern 14 anda beserta sokongan waranti sehingga 1 tahun. Mengulas dari segi warna, MSI Modern 14 buat pasaran Malaysia sedia ditawarkan dengan warna eksklusif dan premium iaitu Premium Grey.

Harga

Mengulas mengenai harga, MSI Modern 14 sedia ditawarkan bermula pada harga RM2,199 bergantung kepada jenis spesifikasi. Sebuah harga yang sangat berbaloi khususnya buat mereka yang mahukan sebuah komputer riba yang hadir dengan ringan, nipis serta mudah untuk dibawa kemana-mana serta hadir dengan harga yang berpatutan.

MSI Summit E13 Flip Evo yang hadir dengan pelbagai ciri unik serta spesifikasi yang dipertingkatkan sedia di Malaysia dengan harga bermula daripada RM5,999 bergantung kepada spesifikasi pilihan pengguna.

Sekiranya anda mahukan sebuauh komputer riba yang ringan, fleksibel serta lengkap dengan spesifikasi hebat mungkin MSI Summit E13 Flip Evo adalah jawapannya dalam memenuhi produktiviti seharian anda.

Anda boleh klik di sini untuk dapatkan MSI Summit E13 Flip Evo dan klik di sini untuk dapatkan MSI Modern 14.

Ikuti juga kisah individu berusia 25 tahun ini yang berjaya muncul sebagai ‘self-made billionaire’ dengan klik pautan di bawah.

Baru Sahaja Berusia 25 Tahun, Lelaki Ini Berjaya Muncul Sebagai ‘Self-Made Billionaire’ Termuda Dunia

Mufti WP Menfatwakan Haram Aktiviti Jual-Beli Dalam Talian Ketika Solat Jumaat