Sebut sahaja TikTok pasti ramai sudah terbayang video lucu yang sering menjadi tontonan ramai. Semestinya aplikasi ini trend yang makin hangat dan menjadi ikutan ramai orang.
Terbaharu, perkongsian seorang pengguna Twitter @magmalaya telah menjelaskan beberapa manfaat yang orang ramai boleh dapat melalui aplikasi TikTok. Untuk pengetahuan anda, beliau sudah berhijrah dan menetap di Guangzhou selama 12 tahun dan menggunakan aplikasi itu mengikut trend pengguna di China.
Thread tentang aplikasi Tik Tok yang bukan sekadar tempat users mendapatkan hiburan seperti menari, bermain game jari, menyanyi dengan suara latar yang lucu; Tik Tok lebih dari itu: pendidikan, bisnes, travel, tips kehidupan, nasihat kewangan dan niaga dan banyak lagi manfaat.
— Mag (@magmalaya) February 3, 2020
Ramai orang beranggapan bahawa aplikasi TikTok hanyalah aplikasi untuk penggunanya berhibur. Akan tetapi, menurutnya terdapat manfaat lain yang boleh didapati melalui aplikasi tersebut dari segi pendidikan, bisnes, travel, tip kehidupan, nasihat kewangan dan banyak lagi.
Tidak percaya? Oleh itu beliau telah kongsikan beberapa video TikTok yang mengandungi konten bermanfaat yang mungkin akan mengubah perspektif anda pada aplikasi ini. Baca perkongsian beliau di bawah ini.
1. Travel
Content dari user ni memang menarik awesome! Dia katakan bahawa perkara paling bermakna dia belajar sepanjang travel dia ke 7 benua adalah cerita-cerita menarik yg disampaikan oleh masyarakat tempatan, kehidupan yg struggle, kesabaran, passion, memori, hubungan antara manusia.
— Mag (@magmalaya) February 3, 2020
2. Komunikasi
Video ni ajar kita macam mana nak berkomunikasi.
Bagi konklusi, kemudian sebab, kemudian konklusi, then buat tindakan, then bagi cadangan; video pendek macam ni banyak dekat TT, memajukan orang lain dalam urusan harian dan improve our life. pic.twitter.com/kY7tZXD5p6
— Mag (@magmalaya) February 3, 2020
3. Kemajuan teknologi
Scooter yg boleh bergerak sendiri pakai phone? Why not? Tendang pun tak tumbang. Banyak videos macam ni dekat Tik Tok, memperkenalkan kepada dunia tentang teknologi baru, bayangkan kita sebagai peniaga terdedah dengan contents macam ni setiap hari, boleh dapat banyak idea! pic.twitter.com/PgSxDZz8O1
— Mag (@magmalaya) February 3, 2020
4. Kesihatan
Content kesihatan dan be fit? Of course ada! Untuk lelaki untuk wanita warga tua, semua contents yang related with health pun banyak dijumpai di Tik Tok. Kedudukan mata harus selari dengan tinggi laptop, dekatkan jarak tempat duduk dengan meja supaya elak membongkok. pic.twitter.com/AKAcIW7zsu
— Mag (@magmalaya) February 3, 2020
5. Pembelajaran
Ajar English sambil beri motivasi? No problem!
Contents macam ni bersepah dekat Tik Tok China sebab diorang tahu ramai orang sana nak belajar bahasa asing, jadi diorang permudahkan dekat Tik Tok, apatah lagi bagi anak muda, memang suka tengok video pendek. pic.twitter.com/AuvuvljxtP
— Mag (@magmalaya) February 3, 2020
6. Ketahui kelemahan produk jenama terkenal
Nak belajar macam mana tengok jenama besar punya kekurangan dalam menghasilkan bags?
LV ada masalah dengan minyak tepi, mudah terhakis, simpan resit pembelian, kalau nasib baik, boleh tukar bag baru. Chanel punya tangkai besi tu mudah jadi hitam. pic.twitter.com/XLabDjddjX
— Mag (@magmalaya) February 3, 2020
Rupanya memang terdapat pelbagai konten yang bukan sahaja ‘fun’ tetapi juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita. Anda hanya perlu ikuti akaun yang menghasilkan konten seperti itu dan TikTok akan berikan feeds yang sama.
Selain itu, beliau turut berkongsi ada juga akaun yang cukup ‘power’ menjual produk menggunakan aplikasi TikTok dengan berkunjung ke kilang tembikai, pameran kareta atau lain-lain.
Anda takut terleka melihat konten-konten yang menarik di TikTok? Tidak perlu risau kerana aplikasi tersebut akan memberikan reminder untuk anda berehat seketika.
Menurut beliau, pelbagai manfaat yang beliau terima menggunakan aplikasi TikTok ini. Akhir kata, gunakanlah aplikasi ini untuk perbaiki kehidupan anda dan manfaatkan kemudahan yang ada bukan sebaliknya.
Tidak dapat disangkal bahawa aplikasi TikTok ini turut hype di Malaysia. Apa kata baca artikel berkaitan TikTok pada pautan di bawah ini.
https://www.thevocket.com/sponsor-pekerja-ke-mekah-rupanya-ini-identiti-sebenar-lelaki-cina-yang-tular-di-tiktok/
https://www.thevocket.com/sering-dianggap-aplikasi-murahan-ini-10-fungsi-hebat-wechat-yang-ramai-tidak-tahu/
https://www.thevocket.com/perak-mahu-guna-tiktok-untuk-promosikan-tempat-pelancongan/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20200213