Bersesuaian dengan dunia menuju Revolusi Perindustrian 4.0, dapat dilihat perkembangan bot dengan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) diuji dalam usaha untuk menyelesaikan beberapa perkara yang ditetapkan.

Penggunaan teknologi AI ini disasarkan untuk mewujudkan robot yang mempunyai logik akal seakan manusia menerusi sampel jawapan pengguna di internet.

Sumber: front AI

Dalam pada itu, lain jadinya buat bot bernama Delphi yang dihasilkan oleh Allen Institute di mana bot dengan teknologi AI ini dilaporkan menjadi rasis dan homofobia.

Semuanya bermula apabila bot berkenaan diuji dalam mengetahui adakah membunuh sesuatu yang buruk atau sebaliknya. Kajian ini memerlukan bot berkenaan untuk mencari jawapan daripada pelbagai sumber di internet serta respon daripada 1.7 juta manusia termasuk menerusi laman Reddit.

Malangnya, bot AI yang disangka mampu menjadi sebuah bot yang mampu memberikan jawapan yang positif dilaporkan kerap memberi respon yang salah. Bot ini juga dikatakan tidak mampu membezakan perkara yang benar atau sebaliknya.

Mengulas mengenai jawapan yang diberikan Delphi, difahamkan bot ini bersetuju dengan kenyataan individu berkulit putih lebih mudah diterima orang ramai berbanding individu gay atau wanita berkulit hitam. Selain itu, Delphi turut bersetuju memandu secara mabuk bukanlah sesuatu yang salah selagi tidak ada individu yang kemalangan.

Sumber: insidebitcoins

Berdasarkan apa yang berlaku terhadap Delphi, profesor yang terlibat dalam pembangunan Delphi bersetuju di mana AI berkemampuan menjawab soalan namun masih terdapat ruang yang besar dalam memastikan Dephi memberi respon yang positif dan bersesuaian.

Difahamkan sehingga kini, pihak mereka sedang berusaha keras dalam memberi kemas kini terhadap Delphi dalam memastikan bot ini dapat memberikan respon yang positif terhadap sesuatu isu.

Tular pada minggu ini apabila kriptowang SQUID dilaporkan menjunam 99% hanya dalam tempoh 5 minit selepas berjaya mencapai nilai paras tertinggi.

Pelaburan ‘Hangus’, Nilai Kriptowang SQUID Ini Junam 99% Hanya Dalam Tempoh 5 Minit

Sanggup Guna Wang PTPTN, 50 Pelajar Di Kelantan Rugi RM200,000 Angkara Skim Kriptowang

Sumber