Dengan bulan Ramadhan yang bakal hadir beberapa hari sahaja lagi, aplikasi e-wallet tempatan Boost melancarkan kempen ‘Super Shake’ untuk anda berbelanja sambil menang hadiah menarik sepanjang Ramadhan ini.
Kempen ini sudah pun bermula semalam dan akan tamat pada 10 Ogos 2019 nanti. 8 unit Proton X70 akan menjadi hadiah utama sepanjang kempen Super Shake ini berlangsung.
“Tawaran serta kempen terbesar kami ini adalah sebagai satu penghargaan kepada sokongan pengguna terhadap aplikasi Boost ini. Kami berharap kempen ini dapat menggalakkan lag penggunaan e-wallet di Malaysia menerusi approach yang lebih fun serta mudah diakses di mana-mana,” kata Mohd Khairil Abdullah, CEO untuk Axiata Digital Services, syarikat induk untuk jenama Boost.
Lebih menarik, Boost boleh digunakan untuk tujuan pembayaran makanan anda di 45 bazar Ramadhan seluruh Malaysia, majoritinya di Lembah Klang. Jadi, jika anda tidak cukup wang tunai, boleh sahaja terus bayar menerusi aplikasi Boost.
Tetapi anda dinasihatkan untuk berbelanja di Boost kerana anda akan diberikan 1 token untuk setiap RM10 yang dibelanjakan di Boost. Token inilah yang membolehkan anda menyertai peraduan lucky draw mingguan dan peluang untuk memenangi Proton X70. Lebih banyak token yang anda kumpul, lebih tinggi peluang anda untuk menang.
Selain itu, tawaran menarik akan hadir setiap hari untuk anda #BukaBersamaBoost dengan Serai, Madam Kwans’s Nandos, Nene Chicken dan banyak lagi restoran yang ada di aplikasi Boost. Mahu kutip token lagi? Ada juga #GayaBersamaBoost di mana anda boleh shopping baju raya di Zalora, MimpiKita, Isetan dan banyak lagi.
Jadi, Ramadhan ni, jangan lupa untuk Boost semua perbelanjaan anda. Ada rezeki dapat pandu pulang Proton X70.