Boleh Gulung Dan Simpan, TV Tercanggih Dunia Sedia Dijual Dengan Harga RM365,863

Setiap tahun pasti ada sahaja teknologi baharu yang ditawarkan buat setiap gadget. Syarikat LG yang berpengkalan di Korea Selatan juga nampaknya tidak melepaskan peluang dalam mempamerkan serta menawarkan teknologi terbaharu mereka pada televisyen.

Apa yang membezakan pada kali ini, LG memilih untuk menawarkan keunikan bukan dari segi saiz kelebaran TV sebaliknya menawarkan skrin fleksible yang boleh digulung dan disimpan sekiranya tidak digunakan. Unik bukan?

Ciri menarik yang ditawarkan ini mempamerkan gaya futuristik buat para penggunanya serta mampu menjimatkan ruangan TV dengan lebih baik.

Mulai diperkenal seawal tahun 2018 sebagai model prototaip, model LG SIGNATURE’s Rollable OLED tidak hanya menawarkan skrin yang fleksible malah tampil dengan ketebalan tiga kad kredit beserta speaker yang dipancar melalui skrin.

Hadir dengan teknologi yang serba canggih dan unik, pastinya para pengguna boleh menjangkakan harga yang premium daripada model ini. LG Signature OLED R berukuran 65-inci ini kini boleh didapati di pasaran Korea Selatan dengan harga sekitar 100 juta won (~RM365,862). Adakah anda sanggup memiliki untuk ‘menjimatkan ruang’ rumah anda.

Samsung pula pada tahun lalu telah melancarkan TV bersaiz gergasi dengan kelabaran 292-inci.

https://www.thevocket.com/samsung-lancarkan-tv-dengan-saiz-292-inci/

https://www.thevocket.com/xiaomi-mi-tv-lux-oled-televisyen-pertama-dunia-dengan-tawaran-skrin-lutsinar/

 

Exit mobile version