Apple kini secara rasminya telah mengaktifkan ciri Apple Pay untuk pengguna di Malaysia. Dengan ini, para pengguna boleh membuat pembayaran dengan lebih style menerusi iPhone dan Apple Watch sahaja.

Menerusi Apple Pay, pengguna boleh pautkan kad kredit atau debit ke akaun Apple Wallet dan kemudian boleh menggunakan ciri Apple Pay dengan hanya membayar menggunakan sesentuh peranti ke terminal sahaja. Maklumat penting hanya model iPhone 6 dan ke atas serta Watch Series 1 dan ke atas sahaja menyokong ciri ini.

Setakat penulisan ini, Apple Pay boleh dipautkan dengan kad kredit atau debit yang diisukan oleh AmBank, Maybank dan Standard Chartered. Sementara CIMB masih belum dilihat boleh menyokong ciri pembayaran Apple Pay lagi.

Anda sudah pasti tidak sabar mahu mengaktifkan kad ini agar boleh membuat pembayaran menerusi peranti Apple yang dimiliki. Mari kita pelajari cara menambah kad bank pada Apple eWallet yang semudah enam langkah sahaja.

Cara menambah kad bank pada Apple eWallet

1. Pertama sekali, anda perlu membuka aplikasi Apple Wallet.

2. Pada penjuru atas kanan di halaman utama Apple Wallet, anda boleh klik pada ikon tambah “+”.

Sumber Gambar: Aplikasi Apple Wallet

3. Kemudian, tekan Continue dan boleh pilih sama ada ingin memasukkan maklumat kad secara manual atau hanya dengan mengimbas kad menggunakan kamera sahaja.

Sumber Gambar: Aplikasi Apple Wallet

4. Untuk anda yang mahu mengimbas kad, posisikan kad debit atau kredit pada ruangan kotak yang disediakan. Sementara untuk manual pula, anda perlu memasukkan beberapa maklumat berkaitan kad bank pada ruangan yang disediakan.

Sumber Gambar: Aplikasi Apple Wallet

5. Selepas itu, bank akan menghantar pengesahan OTP dan anda akan selesai menambah kad pembayaran anda ke Apple Wallet.

Sumber Gambar: Aplikasi Apple Wallet

6. Sebaik ia disahkan, anda sudah boleh melakukan pembayaran pada sebarang terminal yang disediakan pada kedai atau pasaraya. Anda juga bakal melihat notifikasi  pihak penyedia bank yang mengatakan Apple Pay sedia boleh digunakan.

Sumber Gambar: Aplikasi Apple Wallet

Tempoh pengaktifan kira-kira kurang daripada dua minit sahaja yang mana sangat mudah untuk dibuat. Setelah siap memautkan kad bank pada aplikasi Apple Wallet, anda sudah boleh membuat pembayaran menerusi Apple Watch atau pun iPhone dengan hanya meletakkan peranti pada terminal yang disediakan.

Untuk makluman tambahan, anda boleh membuat pembayaran menggunakan Apple Pay pada mana-mana terminal yang menyokong teknologi NFC. Jadi tiada masalah untuk digunakan pada mana-mana kedai selagi mempunyai logo paywave walaupun tidak dinyatakan terdapat sokongan Apple Pay.

Di samping itu, anda juga boleh menambah sejumlah kad bank yang dimiliki pada aplikasi Apple Wallet tanpa sebarang masalah. Malah, Apple Pay turut sudah boleh digunakan untuk membuat pembayaran di web seperti Shopee dan banyak lagi.

Sementara itu, anda juga perlu mengetahui cara membayar bil elektrik dengan mudah menerusi aplikasi sahaja.

Lebih Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Membayar Bil Elektrik Menerusi Aplikasi myTNB

Ini Solusi Terbaik Yang Anda Boleh Guna Sekiranya Ketiadaan GPS Pada Waze Secara Tiba-Tiba

Sumber