Apabila sebut mengenai animasi 3D, pasti ramai yang menjangkakan perlu membeli perisian yang mahal sebelum mencubanya. Akan tetapi, sebenarnya masih terdapat perisian 3D yang berkualiti tinggi boleh didapati secara percuma sahaja. Aplikasi yang dimaksudkan adalah perisian Blender. Ayuh kita ketahui lebih lanjut mengenai perisian hebat ini.

Blender

perisian blender
Sumber Gambar: Blender

Blender telah dikenali sejak bertahun-tahun lagi menerusi penawaran perisian 3D yang ditawarkan secara percuma atas lesen sumber terbuka. Penawaran perisian ini secara tidak lagnsung berjaya menjadi pendedahan awal buat mereka yang berminat dengan penghasilan grafik 3D menghasilkannya.

Perisian grafik 3D ini menfokuskan penghasilan 3D seperti visual arkitek 3D, animasi 3D dan penghasilan efek khas pada suntingan video. Menerusi versi terbaru, ia juga turut menyokong pembangunan animasi 2D menggunakan tools grease pencil dan mampu menghasilkan animasi dengan baik.

Disebabkan perisian ini cukup lengkap dengan tools diberikan, anda sudah boleh menghasilkan satu aturan kerja secara berterusan sehinggalah sesebuah projek animasi atau modeling selesai.

perisian blender
Sumber Gambar: Blender

Bercakap dari segi antara muka, ia sangatlah mudah kerana Blender telah menggunakan lebih banyak simbol pada tools yang dipaparkan dan pengguna hanya perlu membiasakan diri untuk memahami pelbagai tools dan juga sistem teknikalnya. Malah, tools juga sedia ditambah oleh pihak pembangun untuk memenuhi keperluan semasa pengguna.

Menariknya, Blender kini telah mempunyai real-time rendering yang mampu memproses objek 3D dengan pantas secara langsung dan penghasilan pencahayaan yang bagus. Namun begitu, kepantasan rendering dan kualiti hasil yang baik masih bergantung kepada prestasi kad grafik pada komputer yang digunakan.

Sumber Gambar: Blender

Blender mempunyai dua jenis rendering yang telah menjadi tarikan utama kepada para juruanimasi di luar sana. Cycles merupakan membantu menghasilkan rendering yang realistik merangkumi pencahayaan dan kesan efek manakala Eeve membantu dalam memaparkan shader dan texturing.

Perisian ini juga sedia menyokong majoriti sistem operasi yang biasa digunakan umum termasuklah Windows, macOS dan Linux. Pengguna juga boleh terus menggunakannya tanpa memerlukan sambungan internet untuk membuat projek animasi atau suntingan video. Berikut merupakan filem pendek yang dibuat menerusi perisian Blender sahaja.

Anda sendiri boleh menilai sendiri kualiti animasi yang dihasilkan sudah bertaraf filem terkemuka. Perisian ini sekaligus membuktikan ia setaraf dengan perisian-perisian animasi yang berbayar di luar sana. Terdapat juga studio permainan turut menggunakan Blender ini untuk penghasilan permainan.

Buat anda yang mahu berjinak dengan dunia 3D atau animasi, anda boleh mencuba perisian Blender sebagai permulaan untuk menerokai lebih mendalam dan menghasilkan visual 3D dengan kualiti yang baik tanpa mengeluarkan modal. Selain itu, anda juga boleh meningkatkan nilai diri untuk tawaran pekerjaan atau projek pada masa kelak.

Ketahui juga mengenai fungsi 3D printer serta kegunaannya dalam kehidupan seharian.

Hasilkan Prototaip Dengan Mudah, Ini Sebenarnya Fungsi 3D Printer Dan Kegunaannya Dalam Kehidupan

Elon Musk Perkenalkan Tesla Bot, Robot Seakan Manusia Dengan Teknologi AI

Sumber