Mulai dilancarkan pada tahun 1999, jenama BlackBerry pernah mencipta fenomena di mana telefon pintar daripada jenama ini menjadi rebutan. Penawaran BlackBerry messenger yang eksklusif buat jenama pada tahun awal ditawarkan antara yang membuatkan model daripada BlackBerry menjadi pilihan.

Dalam pada itu, kegagalan untuk meraih perhatian pengguna sejak perkembangan sistem operasi iOS dan Android antara yang membuatkan jenama ini semakin dilupakan serta membuatkan orang ramai beralih kepada jenama telefon pintar yang lain.

Meskipun BlackBerry ini mencuba untuk menawarkan model yang lebih moden dengan penawaran sistem operasi Android, jenama ini masih lagi gagal menambat hati pengguna.

Terbaharu, jenama ini dilaporkan secara rasmi berhenti menawarkan sokongan dan servis bermula 4 Januari 2022 sekaligus mengesahkan berakhirnya era BlackBerry. Antara model yang terkesan adalah model yang menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 dan BlackBerry OS.

Menerusi langkah yang dibuat, beberapa perkhidmatan tidak lagi dapat digunakan dengan lancar terdiri daripada penggunaan data, panggilan telefon serta aplikasi seperti BlackBerry Link. Sementara itu, BlackBerry yang menggunakan sistem operasi Android masih lagi dapat diakses seperti biasa.

Tular pada minggu ini apabila seorang bapa terpaksa menanggung rugi melebihi RM60,000 gara-gara permainan Genshin Impact.

Angkara Genshin Impact, Seorang Bapa Terpaksa Tanggung Kerugian Melebihi RM60,000

Tiada Lagi Butang ‘Check Out’, MySejahtera Perkenalkan Fungsi MySJ Trace Bermula Hari Ini