Black Shark merupakan salah satu jenama yang dipercayai pengguna Malaysia khususnya para gamer. Terbaharu, Black Shark telah menawarkan sebuah TWS yang dikenali sebagai Black Shark Lucifer T1.

Model TWS ini hadir dengan Bluetooth 5.2 yang mampu menghasilkan latency serendah 55ms pada Gaming Mode untuk memastikan pengalaman yang lebih baik sewaktu sesi permainan.

Sumber Gambar: Gizchina

Fon telinga ini juga mempunyai rekaan Dual-Mode di mana ia boleh beroperasi untuk memudahkan pelarasan di antara mod permainan dan mod musik.

Ketahanan bateri pula mencapai sehingga 35 jam lamanya dengan sekali pengecasan sahaja. Untuk perlindungan yang baik, fon telinga ini didatangkan bersama sokongan kalis air IPX4.

Sumber Gambar: Facebook

Ciri lampu RGB yang sinonim dengan peralatan permainan turut disertakan pada model fon telinga wireless Black Shark kali ini. Pengguna boleh melaraskan pelbagai warna mengikut warna kesukaan masing-masing. Black Shark Lucifer T1 sedia ditawarkan pada harga RM169 sahaja menerusi platform Shopee dan Lazada.

Sekiranya anda sering bermain permainan di tempat tidur, tilam gaming keluaran Bauhette antara yang boleh anda pertimbangkan dalam menjanjikan keselesaan sepanjang sesi permainan.

Bauhette Lancar Tilam ‘Gaming’ Dengan Harga Serendah RM1,068 Sahaja

Razer Lancar Sarung Jari Untuk ‘Gaming’ Pada Harga RM42 Sahaja

Sumber