Berjaya mencipta nama menerusi siri vivo X60 menerusi kolaborasi ZEISS sekitar awal tahun ini, vivo pada kali sedia meneruskan momentum mereka dengan melancarkan siri vivo X70 yang turut memfokuskan kepada mobilegraphy.

Pada kali ini, vivo nampaknya lebih serius dalam menawarkan kualiti kamera yang hebat menerusi kolaborasi kedua bersama ZEISS dalam membantu pengguna mendapatkan kualiti gambar yang terbaik menerusi setiap imej yang diambil.

Bersempena dengan Hari Malaysia yang berlangsung pada 16 September, vivo sedia berkongsi lokasi-lokasi di Malaysia yang menarik perhatian ramai menerusi lensa yang diambil daripada vivo X70 Pro. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil menggunakan vivo X70 Pro serta teknologi yang menjayakan vivo menghasilkan gambar-gambar yang awesome ini.

Bangunan Tun Mustapha

Menerusi gambar bangunan Tun Mustapha yang diambil di Sabah ini, dapat dilihat vivo berjaya menawarkan gambar yang jelas dan terang meskipun berada pada keadaan backlight di mana matahari menghala tepat pada arah telefon pintar.

Semuanya berjaya dijayakan menerusi sokongan ZEISS T* Coating yang merupakan lapisan yang ditawarkan pada lensa siri vivo X70 dalam memastikan lensa model ini kekal jelas sekaligus membolehkan setiap gambar yang diambil bebas daripada masalah kabur.

Selain itu, kolaborasi bersama ZEISS membuatkan model ini mampu menghasilkan gambar yang lebih menarik serta pengalaman penggunaan seakan kamera profesional.

Starbucks Tropicana Gardens Mall
Sumber gambar: Crayon Yeen
Sumber gambar: Crayon Yeen

Seperkara lagi yang menarik perhatian ramai mengenai vivo X70 Pro adalah kebolehan model ini dalam mendapatkan gambar yang terbaik meskipun diambil pada keadaan cahaya malap.

Untuk pengetahuan, vivo X70 Pro tampil dengan sokongan Extreme Night Vision di mana model ini mampu merakam gambar pada keadaan yang gelap dengan baik.

Hasil yang ditawarkan pada model ini pastinya membuatkan anda teruja menerusi imej yang lebih terang, jelas serta bebas daripada noise yang keterlaluan.

Sekiranya anda kerap mengambil gambar pada waktu malam atau pada keadaan cahaya malap, menggunakan vivo X70 Pro pastinya bakal memudahkan anda.

Ultra-sensing gimbal camera

Sebuah lagi perkara menarik pada siri vivo X70 adalah penawaran gimbal Ultra-sensing di mana pengguna berpeluang merakam video seolah menggunakan gimbal. Dalam erti kata lain, video anda akan kelihatan bebas daripada getaran serta lebih smooth.

Oh ya, vivo X70 Pro pada kali ini turut memfokuskan kepada rakaman video menerusi penawaran Ultra-sensing gimbal camera. Penyertaan VIS 5-Axis Ultra Stable Video pada kali ini turut menawarkan sokongan rakaman pada lensa ultra lebar seakan menggunakan gimbal.

Dalam erti kata lain, rakaman menggunakan vivo X70 Pro pastinya tampak lebih jelas serta hampir bebas daripada masalah gegaran. Penawaran fungsi ini pastinya memanfaatkan mereka yang mahu atau kerap membuat vlog berkaitan sukan ekstrem.

Terdapat pelbagai lagi fungsi menarik yang tersedia pada vivo X70 Pro. Pengguna pastinya berpuas hati menerusi penawaran kamera yang ditawarkan pada model ini hasil kolaborasi bersama ZEISS.

Pihak vivo dijangka bakal melancarkan pelancaran rasmi siri X70 secara rasmi pada 22 September ini jam 7.30 petang. Para peminat berpeluang menontonnya untuk mengetahui lebih lanjut pelbagai lagi fungsi dan teknologi yang ditawarkan dengan klik di sini.

Ketahui juga kehebatan model vivo X60 Pro yang tampil dengan lensa ZEISS sekaligus menjadi pilihan peminat fotografi.

Kemampuan Kamera vivo X60 Pro Terbukti Menerusi Kerjasama Dengan Syarikat ZEISS

https://www.thevocket.com/vivo-muncul-antara-jenama-terawal-memulakan-teknologi-6g/