Sejak HUAWEI P30 dan P30 Pro dilancarkan baru-baru ini, nampaknya rata-rata pengguna teruja dengan keupayaan telefon pintar ini untuk mengambil gambar sehingga 50x zoom.

Anda tengok sahaja betapa ramai orang yang berebut untuk mendapat HUAWEI P30 dan P30 Pro dan muatnaik gambar yang mereka rakam di media sosial untuk membuktikan benar atau tidak model terbaru HUAWEI ni boleh rakamkan gambar yang cantik walaupun selepas diambil pada jarak yang. Anda mahu cuba? Jom rakam gambar dan menang HUAWEI.

Sumber: Kredit Faliq Fahmi

Boleh dikatakan sekarang ni, semua orang memiliki telefon pintar mereka sendiri dan selalu merakam detik-detik indah menggunakannya, sebelum dimuatnaik di media sosial.

Sebab itulah HUAWEI tak nak ketinggalan untuk menguji sejauh mana kemampuan korang untuk merakamkan gambar yang terbaik hanya dengan menggunakan smartphone jenama HUAWEI ni.

Anda berpeluang untuk memenangi barangan HUAWEI seperti smartphone terbaru HUAWEI P30 Pro, HUAWEI P30, HUAWEI NOVA 4, HUAWEI Watch GT dan banyak lagi. Tempoh peraduan ini bermula daripada 4 April-5 Mei 2019.

HUAWEI Rewrites the Rules of Photography

Huawei-671×465

Anda pasti teruja sertai peraduan ini bukan? Berikut kami kongsikan apa yang dipertandingkan. Gambar yang anda ambil tidak terhad kepada satu kategori sahaja.

Apa yang lebih menarik, gambar anda rakam berpeluang untuk menyertai peraduan NEXT Image Awards yang menawarkan hadiah wang tunai $20,000 (RM 83,140.00) serta pelbagai lagi hadiah menarik. Berikut antara kategori yang dipertandingkan.

Wajah Experimentasi dimana identiti dirakamkan dengan gambar potrait. Melangkaui jarak atau Going the distances dimana meneroka tempat dan mencuba sesuatu yang baru. Rakamkan juga moment anda dengan menggunakan feature smartphone seperti tele-lens, super wide angle atau macro-shooting.

Seterusnya kategori ‘Hello, Life!’ dimana anda boleh berkongsi emosi dan inspirasi dalam kehidupan seharian. Papan cerita atau storyboard membolehkan anda berkongsi cerita menggunakan 9 frames gambar grid yang memaparkan perkembangan cerita yang bermakna.

Kategori hashtag emosi mengekspresikan emosi melalui gambar yang diambil. Kategori terakhir iaitu kehidupan memerlukan peserta merakam cerita melalui video 30 saat. Setiap penyertaan dalam NEXT Image Awards akan melayakkan anda untuk mendapat baucer HUAWEI bernilai RM50.

Gambar yang dirakamkan menggunakan telefon pintar HUAWEI

Berikut merupakan contoh gambar yang dirakam menggunakan telefon pintar HUAWEI. Kami share juga kategori yang layak gambar-gambar ni sertai. Mana tau boleh bagi korang idea nak tangkap gambar macam mana nanti.

Lowlight_Abeden-Mung-671×895
Sumber: Instagram @tkdnxv Avani, Sepang. Kategori yang layak disertai adalah Going the Distance, Hello, Life! dan #Emotion Tag.
Lowlight_Smashpop-671×503
Sumber: Instagram @tkdnxv Bali. Kategori yang layak disertai adalah Going the Distance.
Zoom_Amsyar-Naaif_Zoom_Wide-Angle-671×895
Kredit Amsyar Naaif, Pavilion Morocco, Putrajaya. Kategori yang layak disertai adalah Going the Distance dan Hello, Life!
Portrait_Fahmie-671×895
Kredit Faliq Fahmie, Jalan Dhoby, Johor Bahru. Kategori yang layak disertai adalah #Emotion Tag dan Hello, Life!
Macro_Sanjitpaal_CD-671×503
Kredit Sanjitpaal Singh. Kategori yang layak disertai adalah Going the Distance dan #Emotion Tag
Macro_Sanjitpaal-671×503
Kredit Sanjitpaal Singh. Kategori yang layak disertai adalah Going the Distance dan #Emotion Tag

Jom sertai Huawei Rewrites the Rules of Photography

Zoom_Amsyar-Naaif_Zoom_5x-1-671×895
Sumber: Kredit Amsyar Naaif

Cara-cara untuk menyertai peraduan ini sangat mudah. Pertama, anda perlu mengambil gambar secara kreatif menggunakan telefon pintar HUAWEI. Anda boleh upload gambar penyertaan anda sehingga 30 gambar untuk satu akaun. Pastikan gambar yang diambil mempunyai watermark HUAWEI.

Seterusnya, sertakan kapsyen paling kreatif (tidak lebih 20 patah perkataan) sertakan hashtag #ColourfulLife dan #P30challenge. Muat naik imej ke media sosial anda dan pastikan akaun media sosial ditetapkan dalam mood ‘Public’