Pelbagai jenis kriptowang yang boleh didapati dalam pasaran kripto hari ini yang membuatkan anda perlu bijak mengambil peluang dalam membuat pelaburan. Malah, sebahagian kriptowang memperlihatkan nilai naik dengan mendadak apabila berkait dengan isu semasa ataupun peristiwa yang ikonik berlaku di dunia.

Terbaharu, kriptowang yang dinamakan sebagai Omicron (OMIC) mempamerkan peningkatan nilai yang sangat ketara sehingga 800% pada hujung minggu lalu apabila harga dagangannya meningkat daripada $60 (~RM253) sehingga paras tertinggi sepanjang masa iaitu $675 (~RM2583) dalam tempoh dua hari sahaja.

Kewujudan kriptowang OMIC mulai dikesan pada 8 November lalu apabila disenaraikan pada platform CoinGecko. Pada peringkat awal pengenalannya, ia hanya mempunyai nilai yang rendah sahaja namun semuanya berubah selepas pengumuman WHO mengenai varian terbaharu yang dinamakan sebagai Omicron juga.

Menariknya, nama varian terbaharu yang dikenali sebagai Omicron diambil daripada huruf abjad Yunani abad ke-15 dan secara kebetulan kriptowang ini berkongsi nama yang sama. Perkara ini sekaligus menjadi penyumbang utama ke atas kenaikan nilai yang mendadak dalam tempoh masa singkat.

Sumber Gambar: CoinGecko

Walaubagaimanapun, nilai kriptowang yang naik dengan drastik ini turut melihat penurunan yang pantas dengan harga penjualan sekitar $214.08 (~RM904). Oleh hal yang demikian, para pelabur diminta berhati-hati agar isu yang sama seperti kriptowang SQUID tidak lagi berulang.

Antara kriptowang lain yang menjadi pelaburan yang merugikan seperti Squid Game dengan penyusutan nilai sehingga 99% dalam tempoh 5 minit sahaja.

Pelaburan ‘Hangus’, Nilai Kriptowang SQUID Ini Junam 99% Hanya Dalam Tempoh 5 Minit

Sanggup Guna Wang PTPTN, 50 Pelajar Di Kelantan Rugi RM200,000 Angkara Skim Kriptowang