Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pada ketika ini, para pengguna tempatan mulai menerima iPhone 14 yang telah dipra-tempah pada tempoh hari lalu. Antara pemilik terawal yang bertuah pada kali ini merupakan seorang influencer terkenal iaitu Khairulaming.

Artikel Berkaitan:

Menerusi ciapan terbaharu, beliau telah memberikan ulasan peribadi berkenaan sama adakah berbaloi untuk menaik taraf iPhone 14 Pro daripada siri iPhone 13 Pro sebelum ini. Beliau berpendapat tidak terlalu berbaloi untuk menaik taraf kerana siri pada kali ini tidak menampilkan perbezaan yang ketara.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Antara perbezaan yang agak berguna untuk mencipta konten adalah Action Mode. Mod ini membolehkan penghasilan video yang lebih stabil walaupun dalam keadaan bergerak yang agresif. Jadi, iPhone 14 Pro milik beliau ini boleh membantu dalam pembikinan konten selepas ini.

Kamera 48MP juga dapat menawarkan hasil video yang lebih jelas dan vibran sekaligus. Ciri lain yang mungkin menjadi daya penarik pada siri iPhone 14 Pro adalah Dynamic Island. Beliau mengatakan ciri ini nampak cool buat seketika waktu dan akan bosan apabila digunakan berterusan.

Konklusinya, model iPhone 14 Pro kali ini lebih berbaloi dinaik taraf sekiranya anda menggunakan model iPhone yang lebih lama. Jika masih menggunakan iPhone 13 Pro, ia dilihat tidak berbaloi kerana hanya sedikit perubahan dibawakan siri kali ini.