Memiliki sebuah set headphone yang baik boleh memberi anda pengalaman yang lebih mengasyikkan sama ada untuk mendengar muzik, menonton filem atau bermain games menerusinya. Akan tetapi, siapa sangka ia juga boleh memainkan peranan dalam memastikan anda terus hidup dengan memesongkan peluru sesat.

Pelik tetapi benar, insiden yang berlaku di California ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Reddit bernama Enough_Dance_956 yang menyatakan bahawa Razer telah menyelamatkan nyawanya dengan menyertakan gambar bukti. Produk Razer yang dimaksudkan adalah sebuah headphone Razer Kraken.

Sumber Gambar: Reddit

Beliau mendakwa bahawa pada pagi Rabu lalu sedas peluru rambang masuk melalui tingkap bilik tidurnya kemudian mengenai pada headphone Razer yang sedang digunakan. Kemudian, peluru tersebut telah dipesongkan ke arah dinding dan kelongsong peluru itu jatuh di atas katilnya.

Difahamkan peluru itu datang dari jarak jauh dan tidak ditujukan pada beliau. Beliau juga sangat bersyukur kerana headphone Razer Kraken telah menjadi penyelamat nyawa selain kegunaan hiburan semata-mata. Malah, peluru itu berjaya dipesongkan kerana terdapat logam di bahagian dalam serta disebabkan binaan yang kukuh.

Siapa sangka dengan hanya memiliki sebuat headphone yang berkualiti tinggi mampu memastikan keselamatan nyawa pengguna dengan cara tersendiri. Selain itu, pihak Razer turut menghubungi mangsa bertanyakan keadaan beliau ketika ini dan menawarkan penggantian kepada headphone yang sudah rosak.

Bagaimanapun, pengguna Reddit ini telah menolak tawaran tersebut dan hanya berterima kasih kepada syarikat Razer kerana menghasilkan headphone yang cukup baik sehingga berjaya menggelakkan insiden ngeri daripada berlaku. Jadi benarlah kenyataan alah membeli menang memakai yang sering didengari oleh kita.

Selain itu, Apple Watch juga dilaporkan berjaya menjadi penyelamat kepada lelaki berusia 34 tahun di India ekoran masalah jantung yang kronik.

Alami Masalah Jantung, Apple Watch Sekali Lagi Jadi ‘Penyelamat’ Buat Lelaki Berusia 34 Tahun Ini

Alami Penyakit Tiriod Yang ‘Rare’, Apple Watch Berjaya Jadi Penyelamat Kepada Nyawa Wanita Ini