Tidak dinafikan, semakin ramai orang menggunakan wireless gaming earbuds terbaik sewaktu sesi permainan menerusi peranti mudah alih. Hal ini kerana tidak perlu risau lagi akan tali berselirat serta mudah digunakan pada pelbagai peranti.

Kini terdapat sejumlah syarikat yang menawarkannya dengan harga yang berpatutan di laman e-dagang. Jadi, mari kita melihat enam pilihan wireless gaming earbuds terbaik yang boleh didapatkan bermula harga serendah RM35.38 sahaja di Shopee.

1. BARCRAB wireless gaming earbuds K55

wireless gaming earbuds terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Jenama BARCRAB sedia menawarkan sebuah wireless gaming earbuds yang berkualiti berserta sejumlah fungsi menarik menerusinya. Model K55 menjadi pilihan ramai kerana mempunyai rekaan earbuds yang sedap digunakan untuk jangka masa panjang serta ketahanan bateri sehingga 5 jam lamanya.

Menariknya, terdapat mod gaming yang menawarkan latensi serendah 65ms dengan kualiti audio yang baik serta imersif dapat memastikan setiap aksi di dalam permainan boleh didengari dengan jelas. Selain itu, hadir juga mikrofon bersama noise cancellation yang memudahkan anda berkomunikasi dengan baik sewaktu permainan.

Jika anda berminat dengan model K55 ini, kini sedia ditawarkan dengan harga serendah RM35.38 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang BARCRAB wireless gaming earbuds K55

2. Zime Winner Gaming TWS Earbuds

wireless gaming earbuds terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Model Zime ini memang direka khas buat para gamers di luar sana yang mahukan pengalaman audio permainan yang lebih baik dalam masa yang sama mampu dimiliki. Menerusinya, anda boleh menikmati latensi serendah 65ms dan juga teknologi bluetooth v5.0 yang bakal memastikan output audio sentiasa dalam keadaan baik.

Anda juga boleh melaras tahap kelantangan audio atau menukar lagu yang didengari semudah menekan butang pada bahagian tepi earbuds. Malah, rekaan yang ditampilkan sangat elegan serta ringan dan juga tersedia ciri kalis air IPX5 menjadikan ia sesuai digunakan untuk aktiviti lasak atau outdoor.

Zime Winner Gaming TWS Earbuds sedia dijual dengan harga RM74.99 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Zime Winner Gaming TWS Earbuds

3. TWS Stereo Gaming Earbuds

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, terdapat satu lagi earbuds menarik yang boleh dicuba oleh anda dengan pelbagai ciri menarik menerusinya. Model ini mempunyai teknologi audio 9D surround sound dan penggunaan cip Dolby sound yang bakal membawakan kualiti audio yang imersif dan berkualiti sewaktu sesi permainan.

Mikrofon pula telah ditambah baik dengan noise reduction sekaligus mampu berkomunikasi dengan jelas di dalam permainan atau pun panggilan yang diterima. Menariknya, anda boleh memantau tahap bateri kedua-dua earbuds dengan mudah menerusi paparan LED yang tersedia pada casing tersebut.

Kini anda boleh dapatkan sebuah wireless gaming earbuds yang serba canggih dengan harga RM84.50 di Shopee.

Beli Sekarang TWS Stereo Gaming Earbuds4

4. Gaming Earbuds True Wireless Stereo

wireless gaming earbuds terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Ini juga antara pilihan wireless gaming earbuds yang sedia menawarkan pelbagai ciri menarik seperti ciri Super-Low Latency 40ms, Auto connect, Bluetooth V5.0 dan juga Enhanced Bass. Di samping itu, model ini turut mempunyai rekaan yang ergonomik serta ringan yang sesuai digunakan dalam jangka masa panjang.

Selain itu, anda boleh mengakses kawalan pintar yang intiutif untuk musik atau panggilan dengan satu jari sahaja.  Terdapat juga mikrofon yang boleh digunakan untuk menerima panggilan dan seumpamanya. Anda juga boleh menikmati penggunaan selama enam jam dan boleh dicas menerusi port USB-C.

Anda boleh mendapatkan earbuds ini yang berharga RM95 melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang Gaming Earbuds True Wireless Stereo

5. Tranya T10-B Wireless Earbuds

Sumber Gambar: Shopee

Tranya T10-B Wireless Earbuds boleh memenuhi keperluan gaming serta hiburan di dalam kehidupan seharian anda. Model Tranya T10-B ini menawarkan kualiti audio yang imersif dengan adanya peningkatan bass dan cip Graphene Drive 12mm. Terdapat mod permainan yang boleh diaktifkan bagi mendapatkan transmisi audio yang yang lancar.

Selain itu, hadirempat mikrofon terbina bersama sistem noise cancelation yang boleh menapis bunyi sekeliling dan meningkatkan kualiti suara anda. Bukan itu sahaja, anda boleh menggunakan earbuds ini selama lapan jam yang mana turut menyokong pengecasan pantas bagi memudahkan penggunaan seterusnya.

Buat anda yang berminat dengan model Tranya T10-B ini, boleh dapatkan dengan harga RM119.90 di Shopee.

Beli Sekarang Tranya T10-B Wireless Earbuds

6. Black Shark Lucifer T1

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, Black Shark Lucifer T1 juga menjadi pilihan gamer di luar sana kerana dijamin kualiti terbaik oleh jenama dipercayai itu. Model Lucifer T1 ini dilengkapi teknologi Bluetooth 5.2 untuk memastikan transmisi audio yang  lebih lancar dan stabil antara peranti dan earbuds itu.

Terdapat mod Ultra Low-Latency Game yang menawarkan latensi serendah 55ms bagi output audio permainan yang jelas dan lancar yang memang diperlukan untuk permainan seperti PUBG, CODM dan banyak lagi. Anda boleh menikmati penggunaan selama 3.5 jam daripada sekali pengecasan penuh.

Buat anda yang berminat dengan Black Shark Lucifer T1, kini sedia ditawarkan dengan harga RM128.00 di Shopee.

Beli Sekarang Black Shark Lucifer T1

Jika anda tertanya-tanya model manakah yang berbaloi untuk didapatkan? Black Shark Lucifer T1 ini memang menjadi pilihan ramai kerana sememangnya direka khas untuk memenuhi keperluan permainan anda serta ditawarkan dengan harga berpatutan. Malah, jenama ini juga sudah mampu menawarkan produk yang premium seakan Razer.

Semoga dengan senarai ini anda dapat mengetahui secara terperinci dengan pilihan wireless gaming earbuds yang sedia ditawarkan di dalam pasaran hari ini. Penggunaan wireless gaming earbuds sudah menjadi satu perkara wajib buat anda yang sering bermain games menerusi peranti mudah alih.

 Selain daripada itu, anda boleh mengetahui beberapa pilihan laptop gaming berkuasa tinggi yang berbaloi didapatkan di Shopee.

5 Laptop Gaming Berkuasa Tinggi Yang Berbaloi Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

5 Gaming Headset Mampu Milik Untuk Merasai Pengalaman Permainan Bertaraf Profesional

Sumber