Di sebalik usaha untuk menawarkan perkhidmatan 5G kepada orang ramai di Malaysia, syarikat Digital Nasional Berhad masih belum mendapatkan kata putus daripada beberapa syarikat telekomunikasi tempatan untuk menggunakan infrastruktur 5G yang tersedia.

Terbaharu, empat syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu Celcom, Digi, U Mobile dan Maxis dilaporkan oleh The Edge Markets bahawa mengalami kehilangan keseluruhan nilai pasaran sebanyak RM26 bilion.

Sumber Gambar: Vulcan Post

Dua syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah Maxis dan Digi yang mana mereka terpaksa membayar hampir kesemua keuntungan tahun 2021 kepada pemegang saham. Sebagai rekod, Maxis telah kehilangan RM9 bilion dalam nilai pasaran atau penurunan nilai saham lebih 21%.

Sementara Digi pula mencatatkan penurunan saham sebanyak 18% yang mana membawa kepada kerugian hampir RM7 bilion dalam nilainya. Di samping itu, Telekom Malaysia (TM) yang merupakan syarikat telekomunikasi yang mempunyai prestasi terbaik juga mencatatkan penuruhan nilai saham iaitu RM2.6 bilion atau 9.45%.

Berita ini agak mengejutkan keempat-empat syarikat telekomunikasi ini masih belum mendapatkan kata putus dengan DNB dalam kerjasama rangkaian 5G di Malaysia dan masih dilanjutkan tawaran sehingga akhir bulan Jun. Setakat ini, hanya Telekom Malaysia dan YTL Communications sahaja yang sudah mengesahkan penyertaannya.

Baru-baru ini juga, Malaysia disahkan bakal menerima perkhidmatan satelit internet Starlink seawal tahun 2023.

Satelit Internet Starlink Mungkin Ditawarkan Di Malaysia Seawal Tahun 2023

Astro Perkenalkan Perkhidmatan Internet Fiber Mencecah 800Mbps Dengan Pakej Serendah RM129