Kita sudah pun sedia maklum akan hasrat Apple untuk turut menyertai dunia kereta swapandu dengan membangunkan projek tersendiri yang dikenali sebagai Project Titan. Malah baru-baru ini Apple telah pun melantik ketua eksekutif Lamborghini untuk mengetuai projek kereta swapandu Apple itu.

Terbaharu, Xiaolang Zhang selaku pembangun perisian dan perkakasan untuk kereta swapandu Apple yang dilantik pada tahun 2015 telah mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri data sulit dan rahsia perdagangan syarikat itu. Zhang berdepan hukuman sehingga 10 tahun ekoran jenayah yang dilakukan.

Sumber Gambar: ET Telecom

Pada tahun 2018, suspek ini didakwa telah mencuri maklumat rahsia mengenai projek kereta Apple dan cuba melarikan diri keluar negara. Semasa berkerja dengan Apple, beliau terlibat dengan mereka bentuk dan menguji papan litar untuk menganalisa data-data daripada sensor.

Difahamkan maklumat sulit yang berjaya dicuri termasuklah sebuah fail yang mempunyai 25 halaman mukasurat yang merangkumi skema kejuruteraan papan litar untuk kenderaan autonomi bersama manual dan keperluan prototaip kereta itu.

Selain penjara selama 10 tahun, Zhang mungkin perlu membayar denda sehingga $250,000 (~RM1.12 juta) dan hukuman dijadualkan pada November ini. Kita sedia maklum Apple sangat menjaga privasi produknya sekaligus sebarang pecah amanah akan dipandang serius.

Sementara di Rusia, seorang pakar perubatan ditangkap kerana melombong kriptowang secara haram di Wad COVID-19.

Pakar Perubatan Ditangkap Kerana Melombong Kriptowang Secara Haram Di Wad COVID-19

Gara-Gara Sibuk ‘Tangkap’ Pokemon Berbanding Penjenayah, Dua Polis Amerika Syarikat Telah Dipecat